Kembara ke Europe : Amsterdam City (Day 12)

Kembara ke Europe : Amsterdam City (Day 12)

Hari ini adalah hari terakhir untuk pengembaraan di Eropah. Perjalanan memandu 5 Negara dan sejauh 4797km pasti tidak akan dilupakan. Alhamdulillah tiada halangan dan dugaan besar sepanjang perjalanan ini.

The Chef menghabiskan kesemua stok makanan untuk sarapan awal pagi kami dan kami dapat rasakan sarapan pagi terakhir ini sangat bermakna. Walaupun hari terakhir ini, masih ada lagi tempat yang berbaki yang belum kami kunjungi. 

Menggunakan kad Amsterdam Travel Ticket, kami menuju ke Zaanse Schans yang terletak tidak jauh dari hotel. Mengambil train dari Zaandam Station dan menuju ke Zaandijk Zaanse Schans Station. Setelah menaiki beberapa kali train Sprinter Amsterdam, baru pertama kali tiket kami disemak oleh pegawai pemeriksa tiket. Tak perlu risau pasal kami dah beli 2 Days Travel Pass. Pegawai hanya mengucapkan Enjoy your Holiday sahaja.

Sejuk Kalbu di Kincir Angin


Tiba di Zaandijk Zaanse Schans Station - perlu berjalan kaki lebih kurang 1km melalui kilang coklat serta melintasi jambatan angkut. Sewaktu tiba sekitar kawasan Zaanse Schans Windmill ini, udara segar diselang-seli bau chocolate yang membuatkan perut sentiasa lapar dan dahagakan kopi panas. 


Suhu pada pagi ini tidak terlalu sejuk - hanya 15 Celsius dengan cuaca yang cerah dan sedikit berawan. Cuaca sebegini membuatkan gambar anda akan tampak lebih menarik dan awesome.

Terdapat 3-4 Windmill yang diwarnakan dengan warna hijau, warna simbolik kepada kawasan penempatan Zaandam dan Koog ann de Zaan. Rata- rata kedai, museum dan penempataan tradisonal mereka dicatkan dengan warna hijau yang mungkin untuk mencuri perhatian orang ramai. Kami memang malas untuk memasuki muzium untuk menambahkan ilmu, hanya kawasan nature dan kesegaran cukup untuk memuaskan hatikan ini. Dari jauh terlihat kedai kopi yang memanggil untuk disinggah tapi ada baiknya makan breakfast di kawasan Zaandam.




Orang ramai dari Tours mula membanjiri kawasan ini dengan beberapa bas dan van, elok benar kami mengundur diri menuju ke Zaandam untuk sarapan pagi kali kedua. Hebat bukan?

Sarapan pagi sambil pekena kopi kami di Delifrance Zaandam. Berborak pasal Europe journey ini dan kami merancang ingin membuat roadtrip ke United States pula pada beberapa tahun akan datang. Tunggu si Donalds Trump jatuh dari kerusi Presiden dan boleh mula untuk apply visa ke USA.



Balik ke hotel dan mengemas barang untuk check-out kali terakhir. Barang sedikit pada mulanya mula menimbun disebabkan membeli barangan peribadi dan cenderahati. Baju Hard Rock dan Starbuck tumbler serta mainan anak terpaksa disumbatkan pada beg makanan yang mula meyusut. Makanan lebihan seperti tuna dan strawberry jem ditinggalkan saja di hotel bersama nota kasih sayang. Semoga diberi manfaat pada kebajikan. 

Urusan check-out tiada halangan. Tarik beg ke Zaandam Station dan terus menuju ke Amsterdam Central. Untungnya menggunakan kad Amsterdam Travel ini pasal tak perlu susah payah korang nak keluarkan duit nak beli tiket. Dalam Amsterdam Sentral ini ada beberapa tempat yang boleh simpan luggage tapi harganya untuk size besar adalah 10.00 Euro untuk sekali masuk dan yang kecil adalah 7.00 Euro. Lebih baik amik yang besar dan share saja dengan team member. Kat sini tiada cash, maka korang perlu gunakan kad kredit ataupun kad debit. Yaa kad debit boleh pakai sekitar Europe ni, cuma patikan akaun bank ada balance ajer. Cucuk, enter pin dan dapat resit.



Barulah selesa nak jalan balik dalam kota Amsterdam, beg dah masuk luggage storage. Hari ni kami repeat balik ke Albert Cuyp untuk pekena ayam goreng crispy orang arab tu dengan nak beli lagi souvenir yang orang kirim. Time gi semalam, kami ternampak 2 kedai halal yang menjual ayam goreng, kebab goreng sekitar Albert Cuyp. Ade beberapa kedai halal sepanjang pasar ini dan ada juga orang arab yang jual roti sayur. 

Nak masuk waktu tengahhari ini adalah waktu terbaik kami ke gerai makan Albert Cuyp, maka naik saja trem dari Central dan turun di Albert Cuyp Market. Jalan kaki sikit dah masuk pasar yang panjang tu. Dari jauh dah bau orang goreng ayam, pekerja kedai menyapa dan terus memberikan testing food kepak ayam. Saya menyambut dengan muka penuh bermakna pasal dapat makan free sikit. Terus order ayam teriyaki bersama roti sandwich. Harganya 3.50 Euro sahaja. Depa jual ayam goreng drumstik 3 ketul pon 3.50 Euro jugak sama seperti 5 ketul kepak ayam.





Walaupun dah makan, perut tidak memberikan kepuasan kenyang lampau. Masa agak singkat dan kami hanya meneruskan berjalan, menghabisan duit euro untuk membeli souvenir di salah satu kedai yang dimonopoli oleh orang India. Walaupun korang pergi ke kedai souvenir yang lain, kamu boleh tersempak dengan salesman yang sama untuk mengambil barang. Siot patut la harga lebih kurang ajer. Hampeh. Seperti yang saya share semalam, rata-rata harga magnet fridge bermula dari 1.00 Euro ke 3.00 Euro. Baju cetakan Amsterdam pulak 12.00 Euro ke 15.00 Euro. Rantai kincin pon harga 1.00 ke 3.00 Euro.

Duit dah tak banyak, ada juga duit selit untuk control budget (Selit nak convert duit Malaysia) maka kami ke sebuah lagi pasar di Waterlooplein Flea Market. Naik trem dari Albert Cuyp dan turun di Waterloopien saja. Pasar ini tak begitu meriah pada hari kerja, rata-rata peniaga berniaga barangan second hand dan ada juga jual barangan kulit. Harga dia memang boleh membunuh jiwa dan raga beb. Rasanya lebih elok lagi jika nak beli barang-barang di Albert Cuyp Market. 



Saya tak beli apa pun di Waterlooplein Flea Market, maka kami terus ke kedai makan Wok Inn semalam untuk membeli Nasi Goreng untuk tapau makan di airport nanti. Walaupun datang waktu 5.00pm, orang agak ramai juga di kedai Wok Inn ni. Saya mencari-cari juga kedai yang jual donut tpi malangnya tutup. Kalau ada donut boleh ler lapik perut sebelum ke airport. Sedap bro donut Nutella dia.


Pesanan nasi goreng dah dapat, jalan kaki saja menuju ke Amsterdam Central dan dapatkan luggage. Time ni memang malas gile pasal nak kena re-packing balik beg dan tarik beg ke airport. Tiket Amsterdam Travel ini cover untuk perjalanan ke Schiphol Airport. Kalau tak cover korang perlu beli tiket harganya 4.80 Euro untuk satu hala. Ada banyak train ke Schiphol Airport terutamanya yang jenis Intercity. Kalau tidak pasti boleh bukak google maps dan set destinasi untuk mengetahui platform berapa. Kalau tak reti guna google maps boleh tanya officer di tempat validate tiket. Nanti saya ajar macammana nak guna google maps pilihan train, ianya bukan saja navigate kereta tapi ianya juga sebagai rujukan penggunaan train. 

Airport Schiphol ni tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, boleh dikatakan sama besar dengan KLIA tapi lebih padat. Orang sememangnya ramai dan banyak kedai yang disediakan. Kedai makan tak payah cerita la memang bersepah-sepah termasuk la kedai barangan runcit dan cenderahati. Untungnya disini, apa yang saya perhatikan harga makanan lebih kurang sama saja harganya dengan kedai di kota Amsterdam. Anda masih boleh dapatkan sebiji Croissant dan secawan kopi dengan harga 3.50 Euro.

Untuk perlepasan antarabangsa, saya perlu ke Departure 3 - 4 dimana penerbangan Emirates dan penerbangan antarabangsa terletak disini. Departure 1 -2 adalah untuk Domestic dan dalam Europe sahaja.

Tawaran yang Tiada Tolok Tanding 

Agak lama kami beratur sebelum kaunter drop luggage dibuka walaupun dah masuk 4jam perlepasan. Setiba di kaunter, pegawai memberitahu bahawa flight adalah fully booking. Jadi mereka menyatakan kami boleh berlepas seperti biasa mengikut masa tetapan tetapi beliau menawarkan satu tawaran yang membuatkan kami agak goyang sikit.

Tawaran tersebut adalah Emirates menawarkan kami berempat ini menaiki flight keesokkan tengahhari pada jam 1.00pm dan disediakan hotel serta makan secara percuma dan yang paling terbaik Emirates juga akan membuat upgrade dari Economy ke Business Class. Ini adalah kerana mereka cuba untuk kurangkan orang didalam flight untuk memberikan laluan kepada yang dalam standby flight. 

Tak tahu macam mana, kesemua team seperti macam tak mahu menerima tawaran tersebut dan tetap untuk menaiki flight EY150 pada jam 930 seperti didalam booking tiket kami. Jadi pegawai tersebut menerima dan terus proses ke drop luggage.

Selepas dari pada drop luggage, kami makan makanan yang di beli di Wok Inn dan mula berfikir, kenapa kita tidak mengambil saja tawaran tersebut? Aduh betapa bodoh dan dayus kami tak mengambil saja tawaran free upgrade business class dan bermalam satu hari saja lagi di amsterdam secara percuma. Free upgrade business class tu - kalau beli tiket business class Amsterdam ke KL sahaja dah cecah RM10,000 beb! 

Alangkah ruginya kami tidak menerima tawaran tersebut yang tiba-tiba terpikir ketika makan. Tak apalah mungkin tiada rezeki dan mungkin masing-masing kepala otak dah penat dan serta rindukan anak bini... Moga-moga dapat lagi tawaran yang superb ini.

Jika anda mahu solat di airport, korang boleh solat di Meditation Center, tempat ini lebih kurang macam silent room yang berkongsi dengan agama lain. Kalau nak solat bukan di Meditation Center korang boleh solat sekitar celah-celah gate time nak naik flight. Kalau sebelum immigration tu macam ramai sangat orang tapi kalau dah ke Gate berlepas tu orang mula kurang. Agak selesa juga.

Penerbangan EY150 menuju ke Dubai pada jam 2150 sememangnya penuh. Ramai orang yang mula beratur untuk memasuki flight Emirates A380 ini dan semuanya muka serabai. Saya hanya mampu letakkan luggage dan lelap sekejap tatkala flight pon tengah jem queue untuk berlepas. Flight ke Dubai ini hanya dibekal 1kali makan sahaja kerana tidak mahu mengejutkan penumpang tidur. Tapi dalam Emirates korang boleh mintak instant noodles jika lapar, depa no hal punya.


Tiba di Dubai Airport pada jam 0630 waktu Dubai, ramai kelibat manusia seawal pagi ini. Kami segarkan badan dan solat subuh terus menuju ke Mc Donald's untuk sarapan pagi. Kalau korang transit di Dubai lebih daripada 4 jam korang akan dapat penebusan meals percuma dari Emirates untuk makan di mana-mana restoran. Flight kami transit 3jam 45minit makan kami tak dapat melas percuma tu, kena beli sendiri.

Harga makanan di Dubai Airport macam kena penumbuk bro... harga makanan yang sedikit murah adalah di McDonalds, big breakfast adalah pilihan saya yang berharga 33.00 Dirham - bersamaan RM35.00 bro! Boleh la makan buat lapik perut sebelum flight. Dalam flight still ada menu tapi apakan daya, perut saya yang hensem ni mana boleh tak isi waktu pagi.

Nak bagitau kalau nak beli perfume eloknya beli kat duty free Dubai, harganya sedikit murah dari Malaysia untuk brand Gucci, Paco Rabbane dan macam-macam lagi. Untuk perfume jenis CK dan Hugo Boss boleh dikatakan lagi murah dari Malaysia dan paling best duty free ini menerima matawang Euro, USD dan Pound. Lebihan baki mereka akan kasi dalam bentuk Dirham kalau guna cash la, elok juga guna Debit Card beb. Dapat point dan tiada hutang.

Memasuki penerbangan EY342 dari Dubai ke KL tidak begtu ramai. Rata-rata dari orang Malaysia yang masing-masing muka toya dan letih. Hampir separuh saja orang dalam penerbangan ini dengan menggunakan flight jenis A380. 1jam berlepas, dihidangakan makan tengahhari yang secukupnya dan saya meronda-ronda dalam flight, ramai orang dapat single row seat sampai boleh dapat tdur terlentang sat row... ahhhh memang best. Waktu ini saya tak boleh tidur supaya balik ni boleh tidur lena.

Penerbangan memakan masa 7 jam ini selamat mendarat di KLIA pada jam 10.50malam kerana kelewatan ketika taxing untuk take-off. Urusan imigration berjalan lancar tanpa halangan dan terus mengambil luggage.

Saya bersalaman dengan team members berterima kasih atas kembara yang sangat menarik ini. Syukur kerana dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan Eropah selama 12 hari ini. Terima kasih tak terhingga semoga ada rezeki kita travel ke Amerika Utara pula. InsyAllah.

This is Awesome guys!


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam