Kembara ke Europe : Frankfurt - Basel - Mount Pilatus - Lucerne -Wolhusen (Day 5)

Kembara ke Europe : Frankfurt - Basel - Mount Pilatus - Lucerne - Wolhusen (Day 5)

Hujan Lebat di Frankfurt

Pagi ini seawal jam 3:00pagi kami perlu menuju perjalanan yang agak jauh iaitu memasuki Bandar Lucerne di Switzerland. Itinerary ini adalah antara kemuncak dalam projek kembara kami di negara Switzerland. 

Perjalanan hari ini adalah ke Basel - sempadang diantara Germany dan Switzerland serta menuju ke Mount Pilatus dan bermalam di Wolhusen Lucerne. Jarak perjalanan sejauh 590km. Sebelum ini saya telah membuat sedikit kajian dengan blogger yang lain kerana untuk memandu memasuki Switzerland, kami perlu membeli pass toll yang dikenali sebagai Vignette yang berharga CHF40.00 untuk kegunaan satu tahun. Hummm kalaulah boleh duduk di SWiss 1tahun kan best. Untunglah orang yang menetap di Swiss ini. 



Selepas melintasi sempadan Germany dan Swiss, kami berhenti di station minyak Shell untuk membeli Vignette dan berehat sebentar setelah memandu hampir 2jam lebih. Swiss Vignette ini perlu dilekatkan pada kereta dan anda bebas memandu di seluruh jalanraya di Switzerland. 



Hujan masih lebat di Basel dan suhu sekitar 10Celsius, kami meneruskan perjalanan menuju ke Station Alpnachstad untuk menaiki puncak Mount Pilatus dengan ketinggian lebih kurang 2,000meter dari aras laut. Idea ini datangnya dari kawan saya yang pernah kesini semasa lawatan sambil belajar dulu. Google maps berfungsi dengan keadaan terbaik dan tidak mengecewakan. 

Padang Rumput Menghijau

Sepanjang perjalanan dari Basel ke Lucerne ini sudah terdampar pemandangan yang sangat indah sehinggakan tiada kata-kata yang sesuai untuknnya. Rumah kayu dan hamparan rumput hijau yang hebat menambahkan lagi suasana seperti sekeping poskad di tangan. Sungguh hebat ciptaan Illahi.

Mencari parking di Station Alpnachstad tidak begitu susah pada waktu bekerja ini. Hujan masih lebat diluar sini dan memaksa kami perlu berlari anak untuk berteduh sehingga ke Station Alpnachstad. Tak perlu menunggu lagi, terus membeli tiket menaiki train ke puncak Pilatus yang berharga CHF72.00. Kalau ikutkan memang senak perut jugak harga dia jika convert ke duit Malaysia, hampir RM300.00 juga yer. Tapi bukan tiap-tiap tahun datang ke Switzerland ini, semuanya pertama kali datang kesini dan pasti sangat teruja. 



Train memulakan perjalanan mendaki cenuram menuju ke puncak dengan cuaca hujan renyai. Pada kiri dan kanan train ini terdampar sebuah landskap hebat dari ketinggian 1,500meter. Saya tidak pernah melihat permandangan yang sungguh begitu cantik  walaupun cuaca hujan dan berawan. Bayangkanlah cuaca yang cerah dan tidak berawan - saya percaya kamu juga akan terlopong diperlihatan sebegini. Dengan perjalanan mendaki yang semakin curam, melalui beberapa terowong dan ditepi kaki gunung sebelum capai ke station Pilatus.





Di puncak Pilatus ini, pastinya sangat berawan sehinggakan tidak nampak kaki gunung dan sangat berangin. Ramai juga orang yang telah tiba seawal pagi ini di puncak Pilatus. Aroma kopi yang membelai-belai lubang hidung ini memang menarik. Ada kedai kopi dan cafe untuk pengunjung yang datang malah lebih hebat, ada 2 hotel di atas gunung ini yang sedia untuk menerima pelawat. Tak tahu la berapa harga untuk 1 malam bro! 

Pada bahagian tepi, ada terdapat laluan dicelah gunung untuk pengunjung pergi ke sebuah lagi puncak dengan permadangan 360. Kami sempat melalui ditepi gunung dan keadaan sangat berawan dan hujan lebat. Sempat berselfie dan bergambar sahaja dan tidak kesampaian untuk ke puncak walau disediakan walk-way dan tangga. Tak mahu amik risiko dan keadaan cuaca semakin berangin dengan kuat ditambah pula masing-masing gayat woi! Lebih baik bergambar dengan keadaan yang selamat dan selesa,


Aha lupa nak bagitau suhu kat puncak adalah 2Celsius tanpa salji. Sekitar kawasan masih menampakkan pokok dan rumput mula menjadi kuning dan batu gunung yang gelap.  Kami naik ke cafe untuk membancuh kopi. Agak awesome pekena kopi sambil berborak pasal isu semasa di Mount Pilatus - dah macam Menteri Perlancongan pulak, cuma bezanya kami hanya rakyat jelata saja.


Seperti hari-hari sebelum ini, macam taknak balik dah kami ni dok rancak borak dengan pekena kopi. Tapi kami perlu turun juga untuk ke destinasi lain. Menuruni gunung dengan menggunakan train memakan masa lebih kurang 35minit ke Station Alpnachstad. Hujan masih lebat di bawah ini dan kami terus menuju ke pinggir bandar Lucerne. Oleh kerana kami belum makan tengahhari, The Chef kami nak masak untuk memantapkan perut yang hebat ini. Membuat singgahan di Coop uintuk membeli udang, telur dan beras yang telah kehabisan - hahahah memang makan banyak bro. Kami memang pemakan.

Semasa dalam perjalanan kami ke rumah guesthouse, kami sempat singgah yang berkemungkinan adalah salah satu kampung kecil tidak berjauhan dengan station Alpnachstad tadi. Padang rumput hijau yang terbaik rasa macam nak guling guling ajer diselang seli dengan rumah rumah yang tersusun di kaki bukit.



Tuan rumah kami di Wolhusen telah pun menunggu untuk greeting welcome. Pecutan dibuat supaya beliau tidak menunggu lama. Untung menyewa di kawasan Wolhusen ini, ianya tidak jauh dari bandar dan boleh dikatakan pinggir bandar yang suasananya sangat istimewa. Rumah ini terletak diatas bukit yang berhadapan dengan pekan Wolhusen dan bukit yang cantik. Pada bahagian belakang rumah pula terdapat tanaman anggur untuk wine dan juga pokok bunga. 



Saya benjanji saya pasti akan membawa keluarga saya kesini satu hari nanti. Baru saja tiba di Switzerland tak sampai 24jam, perasaan kagum dan hebat telah melaputi hati kecil ini. Tiada ungkapan yang boleh dikatakan betapa hebat rakyat mereka menjaga alam semula jadi walaupun bukan beragama Islam. (Huh)

The Chef memulakan tugas memasak dengan pantas, menu kari ayam, telur dadar dan sambal udang diperkasakan tanpa gagal. Kami sedia menanti untuk makan setelah seharian tak jumpa nasi. Jangan bohong la kalau kamu orang Malaysia tak makan nasi. Tipu dan dusta belaka.

Rehat dan solat jamak. Pada sebelah petang kami ke pusat bandar Lucerne untuk membeli simcard data. Oleh kerana kami akan ke Zermatt dan Interlaken esok pagi - jalan raya yang akan melintasi banjaran Alps, kami cuak juga kalau Wifi Portable kami hilang signal. Maka langkah terbaik adalah dengan mendapatkan simcard data Swisscom. Tuan rumah juga mencadangkan sebegitu jua. Last backup plan download saja google maps offline bersaiz 1.5GB.

Tiba di bandar Lucerne memperlihatkan ramai pelancong asing dan kebanyakkannya dari negara India dan China. Mungkin cerita Hindustan mempengaruhi mereka yang menyebabkan mereka boleh datang ke sini, tak semua la kot. Kami tiba di Central Lucerne, banyak keretapi bandar dan keretapi jarak jauh termasuk ICE Train. Pada station mereka agak sibuk juga dengan orang yang keluar masuk. 



Tips nak bertanyakan sesuatu, boleh bertanya kaunter informasi atau boleh bersembang dsengan barista Starbuck. SAya mendapat guide dari kaunter informasi dan terus menuju ke salah satu kedai mobile yang menjual simcard. Simcard data dibeli dengan kegunaan 2 hari dengan tawaran unlimited data usage. Awesome. Selesai masalah.

Berjalan kaki menuju ke persisiran tasik Lucerne yang bersih dan aman. Banyak bangunan sejarah termasuk gereja besar dari jauh yang membunyikan loceng. Apa yang menarik minat saya adalah tasik ini sangat bersih bro. Sangat bersih sehinggakan boleh nampak dasar. Tiada sampah sarap dan tumpahan minyak bot. Tak tahu la macammana depa jaga?

Dari Central Lucerne, terdapat sebuah jambatan kayu yang dibina pada kurun ke 16 untuk kegunaan perlabuhan. Jambatan ini masih kekal dan ianya berhadapan dengan deretan kedai yang menghiasi kawasan tasik ini. Kiri dan kanan pula terdapat bunga yang ditanam mewarnai jambatan kayu ini. Tapi malang sekali banyak ukiran nama pasangan yang terukir pada tiang tiang kayu oleh manusia bodoh yang kononnya cinta sejati akan berkekalan disini. 



Saya menyusuri jambatan kayu ini dengan menikmati suasana bandar Lucerne yang semakin senja. Membeli barangan koleksi Starbuck Tumbler yang berharga CHF19.90 dan terus menuju balik ke guesthouse di Wolhusen. Esok perjalanan kami agak jauh jugak dan memerlukan rehat yang secukupnya.

Mandi, solat dan rehat. Malam yang sedikit dingin dan sunyi membuai-buai mata yang layu.

This is awesome bro.


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam