Kembara ke Europe : Frankfurt City Tour (Day 4)

Kembara ke Europe : Frankfurt City Tour (Day 4)

Dah masuk hari ke-empat ini, itinerary perjalanan untuk hari ini tidak terlalu padat. Kami hanya bersia-siar di sekitar bandar Frankfurt dan tidak menggunakan kereta. Kita kasi can untuk kereta rehat sepenuh hari setelah berjalan lebih daripada 1000km. 

Pagi ini cuaca agak gerimis dan kadang kala datang hujan renyai menyumbang cuaca yang semakin sejuk. Perancangan hari ini adalah menggunakan public transport bas dan juga train. Setelah solat subuh, kami breakfast roti dengan jem untuk tampung perut sebelum makan tengahhari nanti. Moga-moga cuaca sejuk ini perut abang yang six pack tidak lagi meronta-ronta.


Jam 8:00pagi kami berjalan menuju ke station trem terdekat iautu Flaschenburgstraße yang terletak lebih kurang 3minit berjalan kaki saja. Dari booth station itu, kami membeli tiket Group Ticket Day Pass yang berharga 11.30 Euro untuk 5 orang. Kami terpaksa menaiki bas kerana tram tidak berhenti di Station Flaschenburgstraße disebabkan construction jalan yang menyebabkan trem tidak boleh lalu. Bas akan menghantar penumpang ke station seterusnya iaitu di Lokalbahnhof, untuk interchange diantara Train S-Bahn dan juga Trambahnen. Dengan adanya Group Day Pass ini kami boleh menaiki mana-mana train, trem, bas dalam Inner Zone Frankfurt.


Sebelum ke bandar Frankfurt, kami berhenti minum pagi di kedai kopi Weiner Furhbaker tidak jauh dari Station S-Bahn Lokalbahnhof. Harga kopi disini memang murah dalam 1.70 Euro ke 2.25 Euro. Lepak sambil melihat gegalat manusia yang lau-lalang pada hari bekerja disini.

Macam nak lepak seharian disini, tapi kami perlu ke bandar Frankfurt pula. Bayar dan terus menuju ke Station Lokalbahnhof dibawah tanah. Saya juga tak tahu bahawa sistem keretapi di Germany ini tidak menggunakan pintu. Maksudnya mereka memberikan kepercayaan pada rakyat dan penggunaa membeli tiket dan tiada langsung tempat untuk validate tiket apatah lagi pintu masuk ke kawasan platform train. 

Tak tahulah macammana mereka control atau rakyat diberikan perkhimatan secara percuma ataupun memang rakyat mereka sangat jujur dalam hal beli tiket. Nak kena sembang dengan orang yang belajar kat Germany baru tahu. Memang langsung tak ade gate malah di Central dia pon tak ada. Pening saya memikirkannya. Memang hebat kejujuran depa ni.

Dok tengah pikir, saya tiba di Station Hauptwache sebelum menuju ke Central Frankfurt. Di sini terdapat beberapa Store seperti Samsung, Adidas, Lego Store serta kompleks membeli belah My Zeil yang boleh dikatakan besar. Apa lagi amik peluang la cari barang baik. Masuk butik Adidas kononnya nak tengok kasut NMD, malangnya harga lepas convert duit Malaysia macam rasa kena tumbuk - senak perut pulak. Ingat murah dari Malaysia, rupanya mahal 30% bro... Kecewa! Pusing-pusing dalam My Zeil, keluar masuk Lego Store kononnya nak dihadiahkan pada si Nazril semuanya dusta dan kecewa. Maaf - semuanya mahal dari Malaysia, over budget abah kamu wahai Nazril.



Malas nak shopping ala diva, baik kami menikmati bangunan sejarah di Frankfurt - berjalan kaki dari MY Zeil menuju ke Frankfurter Rathaus yang kononnya boleh memanaskan badan, tapi sangkaan meleset. Hanya hangat taik dan sejuk menusuk datang kembali. 

Kawan Frankfurter Rathaus ini dibanjiri dengan pelancong walaupon hari bekerja yang mungkin meminati sejarah atau datang untuk bergambar seperti kami. ADa beberapa tour guide percuma yang menerangkan simbolik dan keunikkan bangunan lama ini yang masih utuh dan diguna pakai walaupun ianya dibina pada tahun 1288M. Lama tu... memang lama beb.. Kagum sekejap macam mana la dorang bikin. Kasi sini juga terletak sebuah gereja besar yang digunakan untuk menyemai perkahwinan pasangan yang berkahwin. Malangnya time kami datang tu ada majlis perkahwinan orang Yahudi. Sungguh cilakak.




Menaiki tram menuju ke Euro-Skulptur untuk berselfie dengan logo matawang Euro yang besar. Kawasan ini terletak dalam kawasan bandar modern dan suasanya memang bersih dan tidak kelam kelibut walaupun dah nak masuk makan tengahhari. Kereta dijalan raya memang tak banyak dan korang tidak berasa rimas dan bingit dengan bunyi kereta sekitarnya.




Ketika ini, perut sudah membuat bunyi semboyan yang memohon untuk diisi dengan kadar yang segera. Jalan kaki diperhebatkan di Jalan Munchener Street untuk makan tengahhari di restoran Thai Fun. Sepanjang jalan ini terdapat banyak kedai-kedai Halal yang menjual kebab, roti dan barangan keperluan harian. Rupanya disini juga terdapat sebuah masjid yang dibeli oleh pusat Islam German iaitu Merkez Camii.

Suasana Sunyi Sepi

Ungkapan tiada yang lebih indah selain makan pada waktu kebuluran. Itulah yang kami hadapi setelah menyerbu kaunter restoran Thai Fun yang sememangnya kami tahu restoran ini memasak masakan ala-thai yang dah dirindui. Ditambahkan pula harga yang munasabah dan dalam lingkungan budget kami bawah 10.00 Euro, semua orang order 1 set dan tidak mahu berkongsi. Chef yang masak pun macam tahu kami tengah lapar, tak lama pon tunggu makan datanglah masakan size mat salleh yang kami pasti boleh habiskan dengan jayanya. 



Ketika ini suasana sepi macam waktu berbuka puasa pulak. Sungguh focus dan menikmati makanan yang sememangnya sedap giler. Saya memang syiorkan kalau korang ke Frankfurt boleh datang ke kedai Thai Fun ini. Ahha kedai ini Halal yer. Ada certificates Halal dikaunter bayaran. Nasi tambah di beli lagi untuk memantapkan perut yang tadi meronta-ronta minta isi nasik. Terbaik.

Sesudah makan tengahhari, kami ternampak sebuah kedai pastries berhadapan dengan Restoran Thai Fun ini, maka saka apakah yang melanda kami kerana masih bernafsu untuk membeli makanan ringan yang kononnya uintuk dijadikan sarapan pada pagi esok?

Kedai pastries ini adalah sebuah kedai Halal dan juga mempunyai Certificate Halal Germany. Seperti yang saya perkatakan tadi, sepanjang Munchener  Street yang mana mungkin terletak masjid kecil dikawasan tersebut. Saya beli dua keping roti untuk tampungan ke perjalanan esok hari. Kononnya.



Untuk menyah-karbo selepas makan kami berjalan kaki lagi ke Frankfurt Central dan di kenali sebagai Frankfurt Hauptbahnhof yang tidak jauh dari Thai Fun. Kalau dah cecah 1km lebih haruslah kami menaiki trem, mana maunya dah kenyang nak berjalan jauh bro.

Dari jauh Station Frankfurt Hauptbahnhof ini orang ramai dah berasak keluar masuk di pintu besar. Pintu gerbang yang gah tertulis Frankfurt Hauptbahnhof ini sememangnya hebat dengan senibina classic yang masih utuh dan teguh digunapakai sehinggakini. Jika anda memasuki bahagian bawah bumbung Frankfurt Hauptbahnhof ini, memang cantik dan lawa senibina berkonsepkan besi dan kaca.

Disini adalah pusat pertemuan kesemua train, trem, bas serta train ICE (Keretapi laju) malah keretapi antara-bandar. Sekali lagi, train-train ini langsung tiada penghalang gate atau tukang periksa tiket untuk menaiki train. Korang boleh jalan kaki dengan selamba masuk naik train. Untuk train jarak jauh mungkin ada konduktor yang check la kot. Memang depa diberi kepercayaan yang tinggi bahawa rakyat mereka membeli tiket walaupon tiada tempat untuk pengesahan tiket. Tabik bro!



Saya kesini kononnya untuk menukarkan duit Euro kepada duit Korona Czech kerana saya juga akan ke negara Republic Czech dalam beberapa hari nanti. Di Malaysia matawang Korona ini sememangnya tiada, maka oleh itu saya perlu menukarkan disini. Tapi agak terkejut juga kerana di Frankfurt sendiri tak ada matawang ini dan perlu buat booking terlebih dahulu. Leceh la macam tu, maka saya terus menyimpan balik duit euro dan akan menukarkan duit di Munich nanti. Harap-harap ada la tu.

Tempat terakhir saya pusing ke Frankfurt adalah di persiaran Main River, sebuah sungai besar yang menghubungkan antara bandar di Germany. Suasana tenang dan cantik dengan landskap pokok yang mula menjadi keemasan serta gugur. Menunjukkan musim luruh sedang berlalu menunggu musim sejuk yang bakal tiba nanti. Nama lagi lepak ditepi sungai, tiupan angin agak kuat disini menyebabkan tangan masuk ke kocek jacket hijau saya. 



Semakin lama semakin sejuk diselang seli dengan titisan gerimis yang sangat menyegarkan muka dan badan. Saya lepak dan menikmati permandangan agak lama juga disini sambil membaca beberapa artifak sejarah yang tertulis mengenai sejarah sungai dan jambatan gantung mereka ini. 

Cuaca yang tidak menentu, kami memilih untuk balik sebelum hujan mula turun setalah menyemak ramalan kajicuaca. Kami patah balik ke station Konstablerwache dan terus balik ke guesthouse di Wiener Strabe. Merehatkan badan dan menyelesai tanggungjawab p[ada Illahi terlebih dahulu. Esok perjalanan kami agak jauh juga menuju ke negara Switzerland. Perjalanan yang menarik sekali.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam