Kembara ke Europe : Amsterdam - Wuppertal - Cologne - Frankfurt (Day 3)

Kembara ke Europe : Amsterdam - Wuppertal - Cologne - Nurburgring - Frankfurt (Day 3)

Sekali lagi otak memaksa diri untuk bangun pada jam 3.00pagi waktu Eropah kerana di Malaysia sudah masuk jam 9.00pagi. Sistem badan mula wake-up yang menyebabkan diri saya tidak mampu lagi untuk sambung tidur. Maka lebih baik saya bangun untuk mengemas beg saya dan barang dapur pasal hari ini adalah check-out untuk guesthouse di Amsterdam.

Perjalanan hari ni adalah menuju ke bandar Wuppertal, Cologne, Litar Nurburgring dan bermalam di Frankfurt. Jumlah keseluruhan perjalanan sejauh 592km yang merangkumi dua buah negara iaitu Netherlands dan Germany. Pilot 1, Syed akan mengambil alih tugas untuk memandu pada trip pertama. Kami sempat breakfast sambil pekena nescafe homemade sebelum check-out guesthouse untuk kesegaran badan. 

Seawal jam 5.00 pagi kami menuju ke bandar Wuppertal yang terletak di Germany. Boleh dikatakan langsung tiada kereta pada highway Amsterdam kerana pagi Ahad dan host guesthouse juga menasihatkan berhati-hati pada waktu ini kerana hari masih gelap. Sebenarnya host guesthouse agak sempoi dan awesome juga kerana menyambut kami pada check-in 2 hari lepas. Kalau ada jodoh, boleh ketemu lagi untuk menginap.

Sepanjang perjalanan agak gelap ke Wuppertal, hanya sesekali kereta memotong dengan laju pada highway. Suhu outside temperature pada dashboard kereta menunjukkan 7 Celsius. Ini sedikit serius kerana ianya sejuk yer... Mujur dalam kereta boleh main dengan heater. 

Train di Wuppertal

Tujuan saya datang ke Wuppertal ni bukannya apa, ini semuanya kerana saya terlihat sebuah video anak saya pada youtube yang menunjukkan keretapi monorail tergantung atau lebih dikenali sebagai Suspension Train. Ini adalah sangat rare. Train ini tergantung pada landasan yang dibina atas sungai Wuppertal dan mempunyai beberapa station sekitar dalam bandar kecil ini. Jadi kami mesti cuba menaiki keretapi tergantung ni walaupun 2 station saja. 


Tiba di Station Obliengen, suhu memang sejuk giler. Tepat dan tiada gurauan indicator menunjukkan suhu 7 Celsius. Terkejut dengan suhu yang sejuk ini, tangan mula masuk kocek dan selfie dengan keadaan mengigil sejuk. Sesudah itu kami agak serius untuk menaiki train tergantung ini, maka kami nak beli tiket train dan apakan daya, bahasa mereka lebih kepada bahasa ibunda. Beralih kepada pilihan bahasa Inggeris tapi macam lebih kurang sama saja. Aduh potong stim btol. Waktu ini Syed dengan Nik telah pergi mencari tandas untuk buang air. Saya dan Usop tengah sengsara kesejukkan menunggu mereka balik ke Station Oblingen. Hampir 15minit pulak tunggu mereka walaupun senaman kungfu dah dibuat untuk memanaskan badan.

Pasal dah tak faham bahasa Jerman mereka, maka keputusan dibuat. Kami main redah naik ajer tanpa beli tiket. Agak-agak kalau officer tangkap cakap la kami tak faham. Lepas tu, mana mungkin ada officer datang check pagi-pagi Ahad ni. Kompem depa tengah tidur sedap sejuk-sejuk ni. Mungkin rezeki kami, dapat naik free tanpa masalah. Mujur. Satu pengalaman hebat naik train yang xwujud di Malaysia. Malas cakap banyak, kami terus menuju ke Cologne selepas turun dari Station Oblien secara percuma.

Pasangan Gay yang Bermesraan

Di Germany, highway dinamakan Auto-Bahn, dan sesetengah tempat anda boleh memecut kereta tanpa had iaitu tiada speed trap. Akan tetapi mereka menasihatkan kelajuan tidak melebihi pada 130kmh untuk keselamatan pengguna yang lain. Pilot 1 kami membuat pecutan pada kelajuan selamat dan selesa iaitu 150kmh. Destinasi seterusnya adalah ke Colgone, sebuah bandaraya di negara Germany. 

Tiba di Cologne, suasana agak menarik kerana dari jauh sudah ternampak bangunan pra sejarah di sungai utama mereka dan beberapa bangunan lama yang unik dan masih digunapakai lagi. Kami berhenti dan berjalan menyusuri sungai serta melewati kawasan orang ramai yang sedang sibuk untuk menaiki boat perlancongan ke kawasan sekitar. Di sini juga terdapat banyak gereja lama yang masih utuh serta beberapa buah bangunan senibina lama yang menampakkan tradisi bandar Cologne.





Sementara menunggu Hard Rock Cologne dibuka pada jam 11.00pagi, kami menuju ke sebuah kedai kebab yang terletak di sebelah dengan Station Heumarkt. Boleh dikatakan senang juga mendapatkan kedai Halal di Germany ini cuma anda perlu berhati-hati dan jangan keliru. Nanti dalam kedia korang boleh sahkan status halal mereka dan mereka akan menunjukkan certificate Halal Associate Germany.

Mungkin malang nasib kami hari ini kerana kami tersempak dengan sepasang orang gay yang berpegangan tangan, leka dengan itu mereka mula bercumbu tanpa perasaan. Memang kejam memperlihatkan suasana sebegini pada waktu pagi nan indah, eloknya geng kunyit ini patut digelek kereta api saja lepas tu kasi anjing makan. Demmm yaw!


Jalan kaki diperlajukan supaya budak gay itu tidak perasan kerana sibuk bercumbu. Kami terus menuju ke Hard Rock dan juga Starbuck untuk membeli Tumbler. Melalui pejalan kaki ditepi bangunan lama yang cantik, dapat juga menikmati senibina orang Germany yang masih dijaga dengan rapi. Tidak jauh dari Cologne Central terdapat subuah gereja besar iaitu Kolner Dom. Sebenarnya dari jauh dah boleh nampak Kolner Dom ini dan sekitar ini agak ramai orang yang dok lepak serta melihat senibina yang mereka binakan gereja ini pada tahun 1248M (Wikipedia). 


Saya mengambil gambar dan tidak berselfie dengan gereja kerana ianya tidak bagus untuk tatapan sendiri, apa yang nak dibanggakan dengan pembinaan gereja. Mungkin boleh baca sejarah bagaimana mereka membina dan kenapa ianya terbina pada kawasan tersebut. Adalah lebih bagus membaca apa yang tertulis pada informasi daripada berselfie dengan gereja. Apakah yang anda dapat? 




Sesudah itu saya terus ke tempat parking kereta yang terletak di sebelahan dengan Cologne Central. Set GPS dan terus menuju ke tempat idaman hati iaitu di Nurburgring Track.

Kampung Kecil Ahrweiler, Rheinland-Pfalz

Ketika perjalanan dari Cologne ke Nurburgring, google maps kami bekerja dengan sungguh effisyen. Tips untuk korang, kalau nak travel jalan kaki mahupun drive. Silalah percaya pada google maps dan bukannya Waze. Waze mungkin hebat di Malaysia tapi ianya useless di Japan, Australia dan Europe. Ini kerana peta google maps mempunyai maklumat lengkap jika nak ke satu destinasi. 

Dari Cologne ke Nurburgring hanya 80km sahaja akan tetapi ianya terletak di kawasan pendalaman yang sedikit jauh dari Auto-bahn mereka, maka laluan ini telah membawa kami ke kawasan perkampung kecil yang sangat hebat permandangannya. 

Bila dah memasuki kawasan ini, kerap pula kami berhenti untuk bergambar. Kawasannya sangat indah, tenang malah lebih sejuk pulak walaupon dah tengahhari. Mungkin jatuh pada hari Ahad, tak banyak kedai kecil yang buka menambahkan lagi suasana sunyi dan sepi di kampung mereka. 




Ambil kesempatan untuk bergambar dan menikmati permandangan hebat. Setelah itu meneruskan perjalanan ke Nurburgring dan korang boleh layan permandangan bukit bukau yang merupakan seperti sebuah ladang jagung serta padang rumput ternakan. Memang cantik kawasan Ahrweiler seperti sebuah landskap wallpaper kalendar 2000. 


Teruja Nurburgring Circuit

Saya dah lama mengenali Nurburgring Track semasa saya bermain game Need for Speed, GT2 dan juga game Formula 1 di Play Station 2 10tahun nan lalu. Lebih dari itu juga saya banyak menonton rancangan Top Gear dimana Track Nurburgring antara track yang mereka guna pakai pada awal episode. Bila hampir tiba di kawasan Nurburgring Track ini, dah banyak kelibat mat-mat kereta serta rider motosikal yang dok cucuk kereta kami untuk memotong. Kamu bernasib baik kerana kami bawak Auris Hybrid, kalau kami bawak Audi RS WAgon mahu cirit korang kena cucuk balik. Cilakak! 

Kat sini orang luar boleha layan tengok Sunday RAce di track Nurburgring. Bagaikan seperti ada pesta pula di tepi track sambil mereka BBQ dan minum beer. Saya berhenti di kawasan parking di tepi jalan, terus melintas jalan nak tengok race dari luar pagar.


Kalau korang rajin google, korang boleh baca kenapa Nurburgring adalah track yang membenarkan sesiapa sahaja menguji kereta / motosikal / lori mereka disini asalkan bayar ajer. Maka patut jugalah ramai yang meninggal di track ini kerana safety kereta yang mereka gunakan sendiri pon tak cukup selamat sehingga ada juga van mpv standard kilang masuk race. Time corner tunggu nak tergolek ajer.

Baca full review saya ke Nurburgring Track disini.

Masa tak berapa banyak, kami terus menuju ke Entrance Nurburgring untuk masuk ke salah satu attraction mereka iaitu Ring Werk. Ring Werk ini adalah muzium mereka yang menempatkan kereta legend, kereta Formula 1, malah ada sedikit sebanyak informasi sejarah Nurburgring Track yang dibina tahun 1928. Dari tahun itu mereka mula baikpulih sehinggalah pada tahun 1984 track ini digunapaka untuk perlumbaan Formula 1. Pengacara Top Gear Jeremy Clarkson juga selalu kesini dan beliau sendiri menyatakan, dari ianya dibina hingga sekarang - 200 nyawa telah terkorban di Nurburgring akibat kemalangan.




Agak sempoi lepak kat Ring Werk, ada restoran untuk korang lepak minum kopi. Nak makan tak boleh la kompem tak halal. Boleh beli souviner Nurburgring dan juga bergambar dengan kereta-kereta legendary dari serta dunia. Jam 3.30 petang kami keluar dari Ring Werk dan menuju ke bandar Frankfurt.

Kelaparan yang Melanda

Oleh kerana dok berjalan kat Nurburgring tadi, hidung mula ditusuk dengan aroma kedai makan yang tidak halal. Baunya harum enak yang membuatkan perut lapar, perut mula meminta-minta untuk diisi walaupun makan tengahhari tadi agak padu juga. Maka kami hanya mengalas perut dengan roti sandwich serta pisang yang dibeli di Amsterdam semalam.


Jarak Nurburgring ke Frankfurt adalah 180km dengan menggunakan Auto-bahn - ianya percuma yer tanpa bayaran 1sen pun. Cuma kalau korang berhenti di station minyak untuk buang air, harga nak masuk toilet adalah 0.70 Euro (bersamaan dengan RM3.50). Hahahaha mahal giler beb masuk toilet. Nak masuk toilet macam nak naik train pulak, kena masuk coin, amik resit baru pintu bukak. Ahhaa resit tu jangan buang, nanti boleh ditukarkan kepada black coffee secawan atau rebet beli barangan di kedai mereka. Ok la juga daripada bayar masuk jamban RM3.50 - Ini adalah serius yer.

Bila tiba kawasan rumah guesthouse, cadangnya nak ke groceries pasal nak beli udang serta telur untuk makan malam. Ahhh rupanya kesemua kedai groceries tutup pada hari Ahad. Alahai depa ni betul-betul berkira la bab bukak tutup kedai ni. Yang bukak pun kedai kecil station minyak yang memang xada jual udang dengan telur kat situ. Dem!

Keputusan dibuat, kami ternampak sebuah kedai kebab halal sekitar kawasan Wiener Strasse. Order pizze Salami Chicken serta Chicken with fries. Sementara itu kami berbincang nak tapau nasik lagi nanti di rumah untuk memadukan perut.

Tiba di guesthouse, proses self-checkin dilakukan dan melabuhkan barangan dari kereta ke rumah yang kami duduki selama 2hari 2 malam ini. The Chef terus menanak nasi serta kari ayam Adabi sementara kami menghabiskan piza yang dibeli tadi. Kenyang dengan nasi serta piza membuatkan mata mula layu. Solat jamak qasar dan berehat secukupnya penangan perjalanan hampir 600km dengan membuat 3 perhentian. 

Penat dan tidur adalah lebih baik

This is Awesome bro.



Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam