Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1

Alhamdulillah, pada May baru yang lepas saya selesai membawa trip jalan-jalan waktu spring di bumi Switzerland. Tapi sebenarnya kami juga ada pergi ke Chamonix Mont Blanc France, Milan Italy dan Fussen Germany. Cuma kesemua trip ini kami stay di Swiss sahaja. Taknak berpindah randah ke 3 negara tersebut.

Entry kali ini adalah berkisarkan serta cerita lebih terperinci mengenai budget flight, penginapan, tempat yang menarik serta diari perjalanan sepanjang tempoh jalan-jalan pada 4 negara iaitu Switzerland, France, Italy dan Germany.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna untuk anda jika masih mahu membuat pengiraan atau travel hacks bagi menjimatkan kocek anda. Tapi kalau tak nak pening kepala, boleh roger captain saya yang menawarkan perkhidmatan private trip untuk lawatan ini. Ketik IG:nazrulakram untuk pertanyaan lanjut.


Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel/homestay lebih awal. Anda boleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com, Airbnb atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Eropah, terdapat banyak restoran yang Halal. Kalau nak jimat, boleh memasak jika menyewa dirumah yang mempunyai dapur. Tapi ingat, tak kesemua bahan masakan yang boleh dibawa masuk terutamanya daging/ayam walau telah siap masak mahupun pek kilang. 

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat-ubatan anda. Perjalanan ketika musim bunga yang mana cuaca agak sejuk memerlukan lebih pakaian dan ubatan. Sila bawa air mineral bersama anda kerana air mineral yang dijual rata-rata berharga CHF1 (RM5.30). Tapi kalau habis, korang boleh refill air pada waterstation di station keretapi. Atau boleh saja refill pada water tapi sinki dirumah.

Tips #4 : Di Negara Swiss, berbahasa Inggeris adalah salah satu cabaran, tapi rata-rata orang Swiss boleh berbahasa Inggeris, cuam kena slow-slow. Dorang lebih faham Germany/France  kerana tu memang bahasa dia. Bila travel, saya hanya guna roaming sahaja memandangkan roaming Maxis menawarkan harga reasonable. Walaubagaimanapun, mohon download offline google maps jika tiada liputan rangkaian internet terutama bila memandu kereta.

Tips #5 : Jika anda ingin memandu di Swiss, anda wajib untuk buat International Driving Permit. Lesen bentuk digital tidak diterima semasa pengambilan kereta. Jadi sebelum bertolak, korang kena dapatkan kad lesen di JPJ dan bayar RM150.  

Setakat ini, pendapat saya Kad Lesen Malaysia sah digunakan pada negara Komanwel. Termasuk UK, Australia, Singapore dan Indonesia. IDP ni digunakan jika berlaku kemalangan atau ditahan oleh pihak berkuasa traffic.

Tips #6 : Membawa makanan menjadi satu cabaran untuk ke Swiss. Setakat ini, beras dibenarkan dibawa masuk ke sana. Cuma bahan yang berunsurkan daging dan daging ayam tidak dibenarkan samada belum masak, dah masak atau pek kilang. Dorang memang tak kasi masuk. 

Manakala makanan berunsur ikan tiada masalah. Korang boleh bawa sardin, makerel, tuna atau ikan kering. Buah-buahan juga tak semua boleh masuk. Kena rujuk pada Kastam mereka. 

Semasa lawatan saya, harga tukaran matawang SwissFranc 1CHF = RM5.30 manakala Euro pula 1EUR = RM4.90

Sebenarnya ada banyak lagi tapi nanti saya share pada entry yang lain laa... Now time for telling stories!

Trip kali ini membawa 5 orang rakan yang bagi saya sangat awesome. Trip kali ini mengajar saya banyak pengalaman dan pengajaran. Gelak tawa, kongsi pengalaman belajar dorang di US, imbau kenangan lama.

Ini adalah trip yang awesome pernah saya bawa. Terima kasih Kak Raihan, Kak Azlina, Kak Ainul Roslina, Kak Ainul Rusmin dan Abang Awie. Kami tak pernah jemu melayan dan berterima kasih kerana memilih kami untuk mebawa kalian ke bumi Swiss. InsyAllah kita berjumpa lagi di Austria nanti...

Ayuh mulakan perjalanan

Bermula di KLIA T1, kami menaiki penerbangan Emirates pada jam 0200am. Kebiasaan penerbangan ke Eropah ni adalah Emirates, Etihad, Qatar, Saudi, Singapore Airline. Korang pilih saja asalkan murah dan berbayar.

Meeting point pada jam 1000malam, saya uruskan drop luggage.Sebelum pergi luggage dah pun bertingkat-tingkat, Huhuhuhu harap muatlah nanti dalam kereta bila sampai di Zurich.

Sebelum checkin, saya ada request untuk mendapatkan wheelchair assist untuk passanger yang mempunyai masalah lutut sakit bila berjalan jarak jauh. Disebabkan KLIA airport dia besar, maka kita boleh request wheelchair assist dalam manage booking bersama Emirates. Tak perlu surat doktor apa pun, just request for free. 



Masuk boarding Emirates memang rasa selesa dan santai walau jam almost 0100pagi. Saya susunkan seat masa checkin pada bahagian hadapan kerana penerbangan Emirates ke Dubai biasanya menuggunakan Airbus A380, maka duduk kat bahagian depan sebenarnya agak selesa. Bagi saya la.



Penerbangan KUL ke Dubai mengambil masa 7jam, dalam meals menu dia akan menyediakan snack dan breakfast nanti. Pada awal masa taxing tu rasanya saya dah tertidur. Dah jam 0200pagi bro mata pun tak tahan nak nunggu. Kena pula seat selesa pula walau economy class. Masa ni dah tak layan pun tv depan ni. Nanti nanti laa kita explore.



Saya terjaga balik bila cabin crew membuka lampu untuk edarkan makanan. Kita kalau bab makan menang tak pernah skip yawww! Dapat makan shawarma jadi laa bagi isi perut. 

Untuk breakfast korang boleh pilih omelet ataupun pancakes. Tak ada nasi yer untuk sarapan pagi. Kita bedal saja laa dengan add-on 2 bijik roti. Kopi tak payah citer, memang saya sempat refill 3 kali sebelum landing di Dubai.


Alhamdulillah tiba di Dubai International Airport. Usai sampai menunaikan solat subuh sebelum transit ke gate seterusnya.

Kalau korang nak tahu, airport Dubai ni besar giler. Walau dalam 1 terminal, dia pecahkan 3 concourse. Dan setiap 1 concourse perlu naik air train. Bila keluar kapal, terus kena tengok kat mana flight kita seterusnya. Dah dapat gate dengan concourse berapa baru boleh cargas. Best time to transit di Dubai ni at least minimum 2 hours. Airport dia ramai serabut dan jauh ya amat nak gate to gate.




Kat sini kami ada masa 4 jam, jadi sempat jalan santai-santai. Dapat naik buggy car pasal request wheel chair assistant dari KLIA tadi. Service ok tapi kelam kabut laa sikit kat Dubai ni. Orang ramai kan. Tapi tak apa masih sempat untuk kejar flight.

Sementara lepak tunggu boarding masuk, sempat ler kami breakfast area sini pekena coffee. Nak shopping tu masih belum ada mood lagi pasal risau laa jugak damage duit. Belum sampai Zurich lagi ni.


Boarding into Emirates for Zurich smooth saja. Dapat boarding awal pasal special assistant, maka dapat duduk dengan tenang dulu. Saya terus belek menu on board apa yang akan diberi pilihan untuk makanan nati. 




Flight Dubai ke Zurich ambil masa lebih kurang 6jam50minit. Meal disediakan 2x termasuk snack. Waktu ini jam 0900pagi di Dubai, badan dah tak rasa nak tido dah. Saya hanya refresh badan dalam tandas, cuci muka, salin pakaian sikit sebelum mendarat di Zurich. Tandas Emirates A380 ni dia luas sikit dapat laa korang nak salin-salin baju. Yelaa economy class tara mana aja pun kan nak santai-santai. Lain ler business class.


Sambil-sambil ke tandas, sempat laa borak dengan akak-akak kami bawa. Selesa ke tidak kan. Bonding tu kena ada. Biasa saya akan jalan sampai ke belakang flight, saja buat lenguh bontot lama duduk 14jam ni. Kadang gi belakang saja ke galley mintak air atau snack kacang kalau ada. Kita cuba nasib...



Alhamdulillah, jam 1300hrs waktu Zurich kami mendarat dengan selamat. Keluar dari flight terus ke bahagian imigresen, dan kastam. Imigresen kat sini just straight forward saja. Dia just tanya verbal datang sini tujuan apa dan nak kemana. Just jawab saja dengan tenang.

Dari segi kastam pula dorang tak check beg pasal saya dah declare dalam sistem dorang dan dah dapat acknowledgement green lane. As long korang tak bawa makanan/barangan yang tak dibenarkan you are free to go. Tapi kena ingat, jangan sesekali nak cuba barang lain. 

Laluan kastam memang nampak biasa tapi korang akan lalu 3 ekor anjing German Shepherd bro. Kita hanya lalu saja tapi anjing-anjing tu bukan lepak saja yer... dia macam 'scanning' korang lalu. Anjing ni biasa ada di airport pasal dorang ni dilatih untuk hibu bau-bau yang mencurigakan. Do not try them yaaa!


Selesai semua tu, saya dan Yusof terus checkin dan pickup kereta. Untuk trip kali ni, kami hanya 7 orang sahaja, tapi untuk keselesaan passenger, kami booking 1 Van Mercedes Vito dan 1 SUV Alpine. Merc Vito ini occupied 7 seater passenger dan 1 SUV lagi digunakan untuk loading luggage sahaja.

Begitulah trip kami, kami akan mementingkan keselesaan dan trip yang paling awesome korang akan alami. Tak akan ada naik bas beramai-ramai. Pastinya private untuk keluarga dan kawan sahaja.



Dalam masa checkin kereta tu, saya terserempak dengan owner Trip AdikBeradik. Sempat selfie dan bertanya khabar. Team dorang memang selalu ke Swiss bawa orang. Trip AdikBeradik ni antara travel agent boleh dipercayai untuk hired. Tapi kalau nak awesome dan lagi murah, boleh hired saya yer. Huhuhuhu Promo sikit.

Masa nak pickup kereta, saya dah buat full payment. Please kalau nak sewa kereta, wajib amik insuran full coverage. Beza maybe 500 - 700 sahaja tapi ianya akan menyelamatkan kocek anda kalau jadi apa-apa. Jangan main-main damage kereta di Eropah. Harga dorang bukan main ratus. Maybe boleh cecah ribuan ringgit hanya calar 5cm sahaja.  

Kedua kereta kami sewa ni saya amik full coverage pasal kami akan cross 3 country. Saya nak travel dengan tenang, tak mau sakit kepala hanya nak jimat duit sikit. Tapi walau full coverage, korang perlu check kereta sebelum keluar dari terminal. Ambil video kalau boleh.



Jam pada waktu ni 1500hrs, terus keluar terminal menuju ke Burgenstock tak jauh dari Lucerna. Untuk hari ni kami tak pergi kemana, hanya menuju ke rumah untuk rehat setelah satu hari dalam flight.

Tapi sebelum sampai guesthouse, kami singgah dulu di Coop untuk membeli barang masakan akak-akak untuk dinner nanti. 


Untuk trip ini, kami menyewa dua rumah dimana 1 rumah di Bürgenstock untuk wanita dan satu rumah untuk lelaki. Selesa sikit kaum perempuan nak lepak satu rumah. Kami laki-laki bujang ni lepak rumah lain. Kita masak apa yang patut saja laa kan.

Tapi rumah yang kami menyewa di Bürgenstock tu memang cantik view dia pasal rumah tu atas gunung. Jadi bila waktu pagi tu fuhhhhh memang mesmerizing betul permandangan dia.






Dah dapat checkin, kita bagi rehat dulu luruskan pinggang, solat dan santai. 

Pada waktu kami travel ke Swiss ni adalah Spring season. Suhu dorang boleh tahan sejuk sekitar 14c. Sejuk laaa jugak gaiss. Waktu siang musim bunga ni panjang. Subuh dia seawal jam 0430pagi dan waktu magrib cecah jam 0930malam. 

Jadi akak-akak ni sempat ler duk bergambar depan rumah pada waktu tu jam 0830malam yerr... hahahahaha kita 0830malam gelap gelita beb. Kat sini terang berderang tapi suhu sejuk... 

Tak apalah yang penting dorang enjoy.

This is awesome gais

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1