Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Disclaimer : Kesemua gambar yang diambil adalah hak milik NazrulAkram
Pada pagi pertama di bumi Swiss, memang sejuk pada musim bunga ni (spring season). Awal pagi selepas suhu boleh cecah bawah 10c dan sedikit berangin. Usai selesai solat subuh saya buat light breakfast dengan coffee dulu pada jam 0600pagi.
Abang Awie bangun awal pasal jetlag. Jam 3pagi masing-masing duk keluar masuk tandas. Cuaca sejuk, badan dah mintak bangun pada waktu di Malaysia dah jam 0900pagi. Tapi Swiss baru jam 0300pagi. Itulah dinamakan jetlag. Paksa badan untuk rehat dan follow local time.
Jam 0700pagi kami bergerak ke rumah perempuan terletak di Burgenstok. Dalam 15minit dari rumah kami. Rumah dorang ni duk atas bukit, kami kat kaki bukit. Pada asalnya nak booking berdekatan kawasan Burgenstok, tapi kebanyakkan dah habis. Terpaksa kami turun stay dibawah bukit nun.
Bila tiba saja dirumah, ingat dah boleh gerak. Mereka suruh breakfast dulu sementara bersiap. MasyaAllah. View pagi rumah sini memang cantik. Tak sia-sia untuk drive naik ke atas ni. Sungguh beruntung tuan rumah setiap hari dapat tengok permandangan macam ni dari belakang rumah sahaja.
Terima kasih semua sediakan breakfast untuk kami yang laki-laki ni. Huhuhu
Disebabkan view lawa, kita bergambar laa dulu kawasan rumah. Memang serius cantik kawasan bukit ni walhal kawasan ini adalah kawasan countryside saja
Mount Titlis, Engelberg
Itinerary pertama kami adalah menuju ke Mount Titlis. Pasal pada hari kedua ini adalah hari Jumaat, maka jangkaan kami tidak ramai akan naik ke atas sana. Elakkan pergi pada hari sabtu atau ahad kerana keadaan agak ramai dan cramp masa nak naik cable car tu.
Perjalanan dari guesthouse menuju ke Titlis Cable Car Station lebih kurang 1jam. Hari ni kami pandu Merc Vito sahaja. 1 kereta lagi simpan. Merc Vito ni occupied 9seater. So ada 2 driver yang mana kami boleh bergilir-gilir drive.
Seperti yang korang tengok dalam youtube atau Tiktok, sepanjang perjalanan di bumi Swiss ni memang cantik dan terpersona. Rugi kalau tido, lanscape bumi banjaran Alps ni memang sangat memukau. Titipan ucapan SubhanAllah keluar dari mulut. Betapa agungnya ciptaan Allah untuk hamba-hambanya.
Disebabkan masih awal, kami bergambar dulu sekitar kawasan station cable car sebagai tanda hadir. Waktu operasi mereka bermual jam 08.30am - 05.00pm. Kereta perlu park ditempat parking. Masuk dan bayar nanti.
Jam 0800 dah boleh mula purchase ticket, saya walk-in purchase sahaja malas nak beli online. Korang boleh beli online sebenarnya tapi korang kena follow date yang korang purchase. Dia tak open date. Jadi risau itinerary boleh berubah, maka beli saja walk-in. Tak ramai pun beratur. Dorang dah asingkan kalau yang datang group 20+.
Harga untuk ke Mount Titlis adalah berharga CHF102 (RM539.00) sahaja. Uhukk uhukk uhuk. Walau mahal, tapi pengalaman bukan setiap hari. Wajib datang untuk tengok dan merasai salji banjaran Alps.
Jam 0830 dah boleh naik cable car. Kat sini akan ada dua kali naik cable car. First tu dari Engelberg ke Stand. Cable car jenis ni macam yang korang naik kat Genting Highlands tu. Bila sampai stand kena turun dan tukar naik cable car jenis 360 rotaion.
Harga yang korang bayar CHF102 tu dah termasuk cable car dan ticket masuk Titlis. Tak perlu bayar apa-apa dah kecuali kalau korang nak makan dengan ngopi je.
Cable car Rotation Air ni boleh masuk ramai, kena berdiri tak ada tempat duduk. Cuma dalam ni dorang campur skali dengan pets. Perkara biasa kalau naik train atas public train berselisih dengan anjing. Just pretend normal saja.. Huhuhuhu.
Alhamdulillah tiba puncak Titlis. Saya tak tahu nak ungkap dengan kata-kata. Permandangan memang cantik sejauh mata memandang.
Dulu masa saya ke Swiss, saya pergi ke Mount Pilatus, tapi masa pergi pada tika itu cuaca hujan dan mendung. Jadi permandangan agak terhad. Ta knampak apa pun kecuali kabus dengan angin kuat.
Kali ini Allah memberi nikmat mata untuk lihat betapa indahnya bumi ciptaan-Nya. Syukur dapat tengok view seperti ini.
Bila datang waktu spring, kita masih berpeluang untuk rasa salji atas ni. Dapat laa peluang bergolek-golek atas salji sementara orang tak ramai sangat.
Main la kamu sampai puas, dah bayar CHF102 kan. Nak makan salji tu pun boleh.. hahahaha
Kalau rajin, korang boleh berjalan dari station Titlis hingga ke Cliff Walk Suspension Bridge tu. Nanti pada hujung bridge tu dapat view glasier yang berumur lebih kurang 5000 tahun. Alamg-alang sampai kita jalan laaa kan. Lagi pun itinerary saya flexi tak bergantung pada masa yang rushing.
Lebih kurang 3 jam duk main salji dengan layan angin sejuk. Saya return ke cafe dia untuk pekena chocolate panas. Ada 3 cafe tak silap saya dalam ni. Cafe dia ada jual megi cup Indoensia. Kalau lapar boleh beli megi cup tu
Kak Ainul belanja saya beli hot chocolate berharga CHF12, ada laa dalam RM60 matt.. huhuhuhu. Terima kasih kak Ainul.
Dalam cafe ni seat dia tak banyak. Tunggu jap orang beredar dapat laa duk tepi cermin view gunung. Tapi tak boleh laa lepak lama, orang lain pun nak jugak kan. Tapi kalau nak santai lagi boleh je bawa air kopi dengan aiskrim ni lepak balik kat bench Titlis. Lagi sejuk lagi awesome!
Selesai ngopi, kami perlu turun untuk ke itinerary seterusnya. Masa turun cablecar, dah dapat lihat ramai orang yang beratur nak naik cablecar. Jadi point dia kena datang seawal mungkin untuk elakkan congestion manusia.
Si Usop terus dapatkan kereta, kami bertolak menuju ke Davos. Tempat ni agak jauh sikit dari Engelberg, jalan dia kiranya menuju masuk ke Austria.
Apa ada di Davos? Ianya adalah sebuah kawasan pergunungan tempat orang main ski dan resort yang mewah-mewah macam St.Moritz.
Kami ke sini untuk dapatkan view yang cantik, kawasan kampung dan ada sebuah Hard Rock rare kat sini.
Perjalanan lebih kurang dalam 2jam30minit dari Titlis. Maka dalam perjalanan biasanya kami akan membuat persinggahan di petrol pump untuk ke tandas dan rehat sebentar luruskan pinggang.
Perlu korang tahu, untuk ke tandas di Swiss ni tak semua percuma. Biasanya perlu bayar dalam CHF1.00 (RM5.30) sahaja. Maka bila dah bayar tu, perlu guna tandas tu betul-betul supaya berbaloi apa yang kroang bayar yer...
Masjid Islamich Albanischer Kultuverien, Flums
Perut pun sebenarnya macam agak lapar sikit, mujur kak Azlina ada bawa bekal roti sandiwch dengan sambal ikan bilis dalam van, so kami buat stop over di Flums.
Alang-alang kat sini ada sebuah masjid, maka singgah solat jamak-qasar terus dan sempat beli bahan mentah halal kat kedai runcit sini.
Tips kalau korang nak mudah dapatkan restoran halal, kedai runcit halal, korang search saja masjid. Nanti berdekatan sekitar masjid akan ada kedai-kedai halal. InsyAllah.
Walau kawasan ni tak ada orang, korang tetap kena bayar parking kereta. Jangan culas pasal kami pernah kena saman tak bayar parking CHF40 (RM212.00). Tak berbaloi. Situasi pun macam ni, macam tak ada orang je, bila balik ke kereta nahhhh dapat 1 ticket saman. Jadi wajib bayar kat sini yer. Harga tiket parking berbeza-beza mengikut tempat.
Alhamdulillah dapat solat di masjid Swiss. Masjid ni dibina dengan kerjasama kerajaan Albania. Mungkin ramai rakyat dia kerja kat kawasan ni. Masjid selesa, ada toilet, tempat rehat dan percuma towel kecik kalau korang nak. Tapi ambil berpada-pada je yer. Cukup untuk lap wuduk diri sendiri.
Davos, Switzerland
Selasai solat, badan pun dah selesa, maka perjalanan ke Davos diteruskan. Berbakikan 1jam untuk ke destinasi.
Sebelum tiba di pekan Davos, kami buat lencongan sikit untuk bergambar dengan view padang rumput dengan gunung. Untung bawa kereta, korang boleh berhenti pada mana tempat selagi tak melanggar traffic jalan raya.
Ada banyak kawasan perkampungan cantik sepanjang jalan. Tapi kali ni saya nampak satu spot dan minta Usop buat uturn untuk sesi photoghrapy kejap.
Subhanallah, view dia memang memukau dan cantik Tak sia-sia berhenti. Boleh pula kawasan kami berhenti ni ada ternakan Alpaca. Tapi hati-hati yer, Alpaca ni jenis suka meludah. Kang tak pasai kena dengan depa ni.
Dapat view cantik kita bergambar dulu. Tapi kalau sekitar rumah ada kebun bunga, jangan lah korang masuk tanpa kebenaran. Kalau ada tuan rumah, minta izin dulu. Jangan bawa perangai main terjah sahaja.
Perjalanan ke Davos diteruskan. Kali ini kami sampai di Hard Rock Davos dan malangnya, Hard Rock ini tutup disebabkan membuat renovation dan dibuka pada Autumn. Aduhai silapnya saya tak email dahulu bertanya.
Hanya bergambar depan HR Davos. HR ini dikatakan rare juga pasal nak sampai bukan mudah dan agak jauh dari Zurich. 4 jam yer dari Zurich
Maka kita jalan-jalan sekitar bandar yang memang macam pekan mati. Seolah macam tak ada orang. Mungkin dorang ni jenis duk umah je kot.
Leka bergambar dengan pokok bunga, perut pun dah mula trigger lapar. Kat sini ada 2 buah restoran halal. Nasib baik 1 kedai masih bukak. Maka kami singgah untuk dinner pada jam 5.00pm
Mungkin disebabkan kebuluran pasal tak makan nasik, masing-masing order menu ala-carte setiap sorang. Maka, datanglah makanan tersebut memenuhi meja. Fuhhhhhh
Portion untuk satu ala-carte memang banyak pun. Tak larat nak habiskan semua, terpaksa tapau bawa balik makan kat rumah nanti. Harga menu tu bermula dalam CHF10 hingga CHF22.
Makanan di Swiss memang mahal bang. Kalau nak jimat memang kena bawa bekal. Lepas tu, restoran kat Swiss kurang gemar kalau korang masuk kedai bawak makanan dari luar. Tak boleh yer nanti dorang bising. Kalau makanan baby tak apa. Ingat tak Alip Syukri kena halau keluar dari restoran gara-gara bawa bekal makanan masuk restoran walau kita order makanan dalam tu. Dorang tak bagi beb. Seriusss kalau nak kena halau boleh cuba lah nanti.
Tips saya kalau korang nak bawa bekal, korang masak nasik, masukkan dalam tupperware, lepas tu cari kedai kebab halal, beli daging kebab untuk makan bersama dengan nasi tadi. Sediakan sekali kicap bawak dari malaysia. Makan kat tepi tasik atau pun taman. Settle.
Perot dah padu, maka kami bersiap untuk balik ke guesthouse. Jarak perjalanan lebih kurang 3jam lebih. Maka Merc Vito meluncur susur jalan raya gunung dan bukit balik ke Burgenstok.
Masa travel pada musim bunga, waktu siang agak panjang sekitar 15jam. Matahari mula terbit pada jam 06.15am dan terbenam pada jam 09.00pm
Jadi masa on the way ke Burgerstok tu, sempat tengok sunset pada jam 08.20mlm. Memang cantik sungguh permandangan ni. Lama saya lihat dan simpan memori kelak.
Syukur Alhamdulillah.
Tiba di guesthouse, rehat, mandi dan solat. Esok sambung perjalanan.
This is awesome gais!
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10






















































Comments