Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7

Itenirari harini kami akan masuk ke negara France. Hanya day trip untuk pergi ke Megeve dan Chamonix. Sebuah bandar terletak di kaki gunung Mont Blanc.

Kak Azlina siapkan breakfast untuk makan dalam kereta nanti, perjalanan pertama kami menuju ke Megeve France lebih kurang 2jam 30minit. Pemanduan pertama ni Usop yang drive, saya akan drive pada waktu balik nanti.


Kalau ikutkan jarak kilometer tak jauh pun dalam 120km sahaja, macam KL pergi Melaka, tapi pasal jalan raya yang berbukit dan perlu melalui banjaran Alps, maka pemanduan kami terhad dan sedikit perlahanan untuk elakkan mabuk kereta nanti. Huhuhuhu.

Sepanjang perjalanan menuju ke sempadan France ni memang cantik view dia. Kita dapat diperlihatkan keindahan ciptaan maha Agung untuk kita selami betapa kerdilnya kita dengan ciptaan-Nya. Kiri kanan depan belakang permandangan banjaran Alps ni memang cantik. 

Tak tahu nak ungkap dengan kata-kata. Saya hanya mampun berkongsi pengalaman dan gambar untuk kalian lihat sendiri. Kalau ada masa yang lama, nak saja berhenti di tepi jalan untuk santai dan nikmati pemandangan ini sambil hirup kopi.




Disebabkan negara Swiss dan France ini bawah kesatuan EU, maka untuk melintasi sempadan negara ini tak perlu berhadapan dengan polis atau kastam. Waktu pagi tak nampak pun kelibat dorang. Kita lalu saja follow papan tanda. Memang mudah.

Walaupun bersempadan, ekonomi antara dua negara ni memang berbeza. Tambah-tambah lagi kalau masuk ke negara Germany. 

Manakan tidak, harga minyak di diesel di Germany lebih kurang EUR1.50 manakala di Swiss CHF1.66. Matawang Swiss mahal pula tu. Uhukk uhukk uhukk.... Sama seperit France, minyak di negara ini murah berbanding Swiss, maka kami kena isi minyak kat sini sebelum balik.



Megeve, France

Sebelum tiba di Megeve tu, laluan kami akan menyusuri rumah-rumah kampung. Kawasan ini juga antara kawasan perlancongan yang mana Megeve adalah salah satu tempat untuk orang bermain ski pada musim sejuk

Saya kesini buka pasal nak main ski, bukan jugak nak naik cable car, tapi kami nak cafe hunting yang mana Megeve ini adalah salah satu tempat lokasi penggambaran Series Netflix Emily in Paris Season 4 Episod 6-7.




Punya jauh datang semata untuk cafe hunting? Haaaa... bukan itu saja, kawasan pekan kecil ni memang cantik juga sebenarnya, ada sebuah kawasan tumpuan yang mana ada sungai kecil lepas tu banyak tempat yang kita boleh jalan kaki.

Cuma, kenderaan luar tak dibenarkan masuk ke dalam pekan kecil ni. Kena parking dikawasan parking yang disediakan, maka kena menapaklah kita jalan-jalan dalam pekan ni.

Bila kami sampai ke Creperie Bar ni, kedai di tutup dan rupanya cafe ni dibuka pada bulan 10 hingga bulan 2 sahaja. Memang dia buka untuk winter season saja. Aisehhhh memang tak ada rezeki betul.

Jadi bergambar saja laa sebagai tanda hadir dalam scene Emily in Paris. Saya dapat rasa, tak ramai orang Malaysia yang datang ke Megeve ni. Huhuhuhu done claim.



Tapi jangan risau, ada beberapa cafe lain lagi yang beroperasi dalam pekan ni. Maka spot kami bergambar dulu di dataran Megeve ni. Ada sebuah gereja dan tourist information.

Cadang nak masuk bertanya, pun tutup juga... hahahahah yaperdaaa...




Pada sebuah bangunan, terdapat satu mural yang mana menarik minat saya. Dalam pemerhatian saya, ianya sepertu mengenai lukisan mengenai astronomi pergerakkan matahari dan bintang buruj. 

Jadi kita snap gambar dan tanya Gemini. 

Disebabkan Megeve terletak dikawasan tinggi, maka para pengkaji bintang dan astronomi mencipta jam matahari dikawasan ini. Malah mereka juga mengukur bintang dan mengenalpasti bintang buruj serta peralihan musim kawasan ini.

Jadi mural ini dilukis pada thaun 1964 sebagai tanda peringatan kepada para pengkaji bintang-bintang ini. Tapi tak disebutkan pula pada tahun bila mereka mula membuat kajian dan menjadi pemerhati angkasa dalam mural ni.

Menarik juga cerita dia, sampai saya tak sedar mereka dah mula bergambar dengan pokok bunga siap ketawa lagi.


Penat duk amik gambar dengan ketawa memecah bunyi sunyi kawasan ni, kami ke sebuah cafe bersebalahan dengan sungai.

Cafe Le River ni memang cantik, ada beberapa local people kat sini, dan pekerja dia memang mesra. Dorang siap tanya datang dari mana, terkejut dorang kami dari Malaysia dan dia sendiri cakap jarang dia bertemu dengan orang Malaysia dan Singapore.


Dia kenal Malaysia kerana boyfriend dia pernah bekerja disana, tapi malangnya dorang dah clash. Nak saya sambung ke? 

Dia cakap memang jauh Malaysia dari sini, dia hairan macam mana kami boleh sampai, dan kami cakap pasal cerita Emily in Paris, dia terus gelak.

Saya order crosisant chocolate dan hot latte untuk brunch saya. Kat sini ada menu breakfast seperti telur, baked bean dan potato. Boleh order dan request dia jangan masak dnegan wine atau pun bacon. Dia faham dan setuju.



Awalnya kami lepak kat luar, tapi bila angin sejuk lalu, memang tak tahan, memang kena masuk dalam kedai. Jangan lawan dengan cuaca sejuk. Boleh cramp muka nanti. Tak boleh imagine macam mana waktu winter kat sini.

Maka kami lepak laa dulu kat sini sambil nak tunggu panas matahari naik ke tengahhari sikit. Bau dalam kedai dia ni memang harum dengan bau kek dan pastries. Kek dan biskut yang siap panas dimasak dorang akan letak pada meja-bar. Membuatkan bau pastry tu sangat menyelerakan.

Tapi kami tak boleh lepak lama pun kat sini, destinasi kami seterusnya menuju ke Chamonix. 





Chamonix, France

Perjalanan ke Chamonix tak jauh mana dah pun dari Megeve ni, lebih kurang 40minit saja. Chamonix adalah salah satu pekan kecil terletak di kaki gunung Mont Blanc. Kalau di Malaysia ni ibarat Kundasang ataupun Ranau laa kiranya.

Itinerari saya ke sini adalah untuk melihat sendiri gunung Mont Blanc. Dulu tengok dalam Nat Geo dia tunjuk bandar kecil ni, memang cantik kawasan dia.

Sebenarnya Gunung Mont Blanc lagi tinggi dari Kinabalu, lebih kurang 4808m berbanding Kinabalu Malaysia 4095m. Mungkin antara kita pernah dengar jenama Mont Blanc tu, tapi sebenarnya jenama Mont Blanc bukan dari sini, ianya adalah buatan Jerman yang menggunakan nama Mont Blanc. Jauh beza tempat tu.

Semasa drive, dah boleh nampak gunung tinggi sebelum tiba di bandar dia. Kawasan ini juga salah satu tumpuan pelancong, berbeza dengan Megeve tadi tak berapa nak ada orang. 



Jadi untuk dapatkan parking kat sini agak susah dan terhad, melainkan kena berjalan laa sikit. Drop passanger dulu dan cari tempat parking. 

Walau ramai orang, tapi suasana dia memang selesa dan dingin. Korang kena jalan ke tengah pekan dia untuk dapatkan view puncak Mont Blanc dari sebuah jambatan. View kat sini memang cantik dan terpesona. Ada banyak cafe dan restoran kalau nak lepak, kami baru je pekena kopi di Megeve maka tak rasa nak makan lagi.




Tak jauh dari sini ada cabel car station yang mana korang boleh naik dan pergi ke Aiguille du Midi. Salah satu puncak gunung Alps, dari situ korang boleh tengok Gunung Mont Blanc lagi dekat. Tiket lebih kurang EUR50-EUR100.

Kami sambung jalan-jalan, bergambar kawasan pekan dia ni - sempat laa juga masuk kedai sourvenir. Beli satu sebagai tanda hadir kat sini. Bukan senang woi nak sampai Chamonix. Harga pun lebih murah berbanding harga di Swiss. Huk huk hukkk




Bila dah jalan-jalan layan angin sejuk gini, bau makanan restoran orang perut mula laa nak trigger kelaparan. Time pun dah masuk jam 2.00petang ni, sesuai untuk makan dulu.

Maka kami terus ke Turkish Restaurant - salah satu restoran halal ada di Chamonix dan terdekat dengan kami. Ada beberapa lagi tapi kena gerak dengan kereta pula. Jadi kita singgah sini untuk makan tengahhari.

Masa sampai di kedai, terserempak dengan 3 orang Malaysia, dorang datang dari Italy melalui Turin - nak menuju ke Geneve. Yaaa Chamonix adalah salah satu jalan potong untuk ke Milan. Tak perlu nak lalu Lugano ataupun Lake Como pun.

Abam lapar, tak sempat nak bergambar dengan dorang - saya terus ke kaunter untuk order makanan. Hahahaha



Usai selesai makan, kita buat sekali lagi last shopping sourvenir di Chamonix. 


Pemanduan balik saya yang drive, kami singgah jap untuk isi minyak dan kebetulan kat sini ada Carrefour Pump Station dengan Carrefour Market. 

Sementara isi minyak, akak-akak boleh beli barang kat dalam. Saya pun join skali laa beli coklat. Sini lagi murah berbanding Swiss, dan saya beli udang untuk masakan kami makan dengan megi goreng pagi esok. Huhuhuhu...




Dalam perjalanan pulang tu, saya singgah sebuah kawasan perhentian atas gunung, kebetulan sini ada tandas dan view dia MasyAllah memang cantik. Bila point pada googlemaps, gunung yang dorang bergambar ni salah sebuah gunung banjaran Alps yang bersambung dengan Mont Blanc tadi. Memang cantik.


Disebabkan harini perjalanan pun tak rushing, bila tiba di Leysin pun sekitar jam 0600pm, maka kakak-kakak request nak masak asam pedas. Jadi singgah sekali lagi dalam Coop untuk beli ikan salmon. 

Jam 7.00malam pun masih terang bederang, best juga travel waktu musim bunga ya, waktu siang dia panjang dan sempat kalau nak solat di rumah untuk lebih selesa. Kalau ada jumpa masjid tengah jalan boleh saja singgah. Magrib pun masuk pada jam 0915malam.

Maka kami tunggu dengan penuh harapan untuk makan malam asam pedas ikan salmon Swiss. Waktu saya ambil gambar ni sekitar jam 0830malam, masih terang lagi. Memang sedap pekena asam pedas salmon time panas-panas. Kena pula makan di balkoni udara sejuk. Lapik dengan kopi panas lagi. 



Terima kasih kakak yang masak untuk kami.... Huhuhuhu..

Mandi rehat dan solat. Alhamdulillah

This is awesome gais!

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Tokyo, Jepun (Winter Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1