Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Itinerary pagi ini adalah menuju ke Milan Italy. Ya kami akan menuju ke Milan harini untuk day trip, tak bermalam ke sana kerana malas nak packing barang berpindah randah.
Jarak antara guesthouse dengan bandar Milan sekitar 3jam perjalanan sahaja. Macam KL gi Batu Pahat aje ler.
Sama seperti semalam, saya bangun jam 0500pagi menunaikan fardu subuh dan buat light breakfast untuk habiskan roti yang kami beli di Coop masa hari sampai di Swiss. Atas meja dapur ni masih penuh makanan, ada sardin roti, sardin tuna, serunding bagai. Memang kena habiskan pasal taknak bawa balik.
0530am kami terus gerak menuju ke guesthouse di Bürgenstock, tepat jam 0600pagi terus bertolak menuju ke Milan Italy.
Pemanduan pertama saya yang drive dulu. Plan kami akan stopover di Lake Como Italy dan satu hentian untuk ke tandas mahupun membeli kopi/air.
Dari kawasan Bürgenstock, laluan googlemaps akan menyusuri Gotthard Highway Tunnel yang mana highway laluan dari negara Swiss menuju ke Italy.
Dalam perjalanan ini, kami akan lalu antara terowong paling panjang didunia iaitu Gotthard Tunnel sepanjang 16.9km. Terowong ini membelah banjaran Alps yang telah dibina pada tahun 1980. 1980 lagi dorang dah mula korek terowong untuk laluan kenderaan.
Kalau korang memandu di Swiss, kebanyakkan laluan korang akan menyusuri terowong. Jalanraya dan highway di Swiss dibina dilereng bukit dan mostly memang mencabar dan selalu ada jalan zig-zag.
Highway di Swiss biasanya speedlimit 110kmh untuk expressway, manakala kalau highway jenis lereng bukit dihadkan kepada 90kmh sahaja.
Saya nasihatkan jangan laa korang memandai-mandai nak cabar speedlimit dorang, melainkan kalau korang rasa sangat kaya. Setiap satu saman berharga antara CHF50-CHF100 (RM265-RM530). Saman depa ni sangat cekap, bila kita kena snap dengan kamera tak payah tunggu lama terus dapat notification saman dari rental car.
Rental car ni kejam sikit kalu ikutkan, depa akan charge kad kredit kita untuk bayaran saman berserta administration fee.
Saya ada ceritakan tips memandu di Swiss dan anda digalakkan membaca kalau nak drive kat sana
Berbalik dengan laluan highway tadi, follow saja traffic speed limit untuk elak bayar saman dan pemabduan berhemat.
Perjalanan hampir masuk 2jam, maka kami membuat persinggah sebentar untuk ke tandas dan beli sourvenir kat dalam petrol pump.
Biasanya saya akan membeli jus orange atau jus mangga, sesuai untuk melawaskan penyahtinjaan saya. Bila travel ni kurang minum air, maka mudah nak kena sembelit. Alasan malas nak ke tandas sebenarnya.
Minyak kereta masih banyak, kami akan isi di Italy nanti untuk harga yang lebih murah. Bawa Merc Vito ni agak cekap penggunaan minyak dia. Cuma bila tank dah nak habis, full tank dia boleh cecah CHF100 mat... skali isi lebih RM500 beb... macam isi minyak lori dah bang.
Pemanduan kedua si Usop ambil alih, saya tukarkan map menuju ke Lake Como yang tak jauh dari hentian kami ni.
Bila nak masuk sempadan antara Swiss dan Italy, kebanyakkan papan tanda telah mula beralih bahasa kepada Italy. Jalan raya pun seolah mula tidak dibuat maintenance yang cantik tak seperti central Swiss. Macam ada 2 taraf pula kat sini.
Disebabkan Italy masih negara kesatuan eropah (EU), maka tiada sempadan kawalan untuk cop passport imigration. Cuma bila nak melintasi sempadan, kenderaan agak banyak dan dari jauh nampak beberapa pegawai yang bertugas untuk memerhatikan kenderaan.
Usop drive perlahan dan bila tiba pada checkpoint, Alhamdulillah pegawai membuat isyarat untuk jalan. Maka kami terus menuju ke Lake Como, berbaki 15minit untuk tiba ke destinasi.
Suasana jalan raya dan bangunan disini totally berbeza dengan negara Swiss. Rumah-rumah kecil cantik, cuma tidak dijaga rapi. Mostly papan tanda mesti akan diconteng dek vandalisme.
Dan kebanyakkan kenderaan kat sini dipandu secara laju dan mencilok. Kami yang bawa van ni kena berhati-hati, kalau kat Malaysia kompem dah berlumba dah kita ni mat. Nasib kereta sewa je ni.
Lake Como, Italy
Dalam masa hampir tiba di tasik, dari jauh dah nampak pantulan matahari dari tasik kebiruan ini. Memang cantik permandangan dia. Tak hairan mengapa banyak cerita yang dilakonkan disini. Kena pula cuaca cerah sahaja pada pagi ni.
Nasib kami baik pasal tiba awal, ada banyak parking spot yang masih ada disini. Parking kereta, pastikan barangan berharga dibawa bersama terutama bag galas. Negara Italy sangat berbeza dengan Swiss. Banyak kes kecurian dan pecah cermin kereta untuk ambil barang berharga. Sila jangan leka.
Dalam masa perjalanan tadi saya nasihatkan pada kakak-kakak dan ahli travel untuk berhati-hati terutama berada di Milan nanti. Milan macam Paris. Scammer dan pickpocket ramai. Jangan terlalu ramah dengan orang yang tiba-tiba bertanyakan sesuatu.
InsyAllah dalam masa sama saya akan perhatikan mereka juga sama seperti yang saya buat masa travel di London dan Paris tahun lepas. Alhamduillah masa travel ke Paris baru ni semuanya ahli travel selamat.
Baca jalan-jalan kami ke Kota Paris waktu winter disini
Dapat spot parking, bayar park kereta jangan kena saman. Maka saya bawa beg galas dorang demi keselamatan semua. Harga parking kereta lebih kurang 2-4EUR, boleh bayar pakai mesin sama macam DBKL dulu-dulu.
Lake Como antara tasik yang cantik di Italy. Ada orang Malaysia cakap, Lake Como tak cantik pasal tasik-tasik di Swiss jauh lagi cantik, maka jangan pergi.
Gais, setiap tempat ada tarikan dia yang tersendiri. Baik buruk tempat itu adalah subjektif dan pendapat peribadi. Bagi saya, Tasik Como walau airnya tak sejernih biru turqoise di Swiss ianya masih memukau permandangan disebabkan gunung-ganang, rumah yang cantik dan kawasan tepi tasik yang memang lawa habis.
Malah, setahu saya filem James Bond Casino Royale pernah difilemkan disini dan paling pasti, scene Star Wars : Attack of The Clone memang difilemkan disini ketika Anakin Skywalker mengahwini Queen Padme Amidala. Ngam teruk kan!
Maka bergambar-gambarlah kami kat tepi tasik ni walau kesejukkan dengan angin yang bertiup. Dalam masa sama, kami sempat light breakfast roti sardin kakak-kakak yang bekalkan. Bila sejuk ni perot memang mudah lapar beb... huhuhuhu. Masa ni kopi panas saya dah mula sejuk.
Hampir satu jam lebih lepak persinggahan di Lake Como ni, kami terpaksa bergerak untuk ke Milan. Milan pun tak jauh mana hanya 50km sahaja untuk sampai ke pusat bandar.
Perlu tahu, highway di Italy sama seperti PLUS Highway di Malaysia yang ada tol. Korang masuk highway, maka bayarlah tol dia. Berapa harga tol tu bergantung pada jarak perjalanan kita.
Seingat saya, dari Lake Como menuju ke exit Milano tu lebih kurang EUR7.00 (RM35). Rasakan kauuu. 2 kali juga lalu toll dia.
Kalau di Austria guna Vignette Pass , di Swiss guna Vignette Pass, maka France dan Italy guna tol. Germany? Free all of time gaissss.
Bayaran toll dia ni masih ada booth untuk bayar cash, debit card ataupun kredit card. Untuk mudah, korang boleh lalu laluan Carte iaitu pembayaran tol menggunakan debit/kredit card. Bila sampai booth toll, dia dah siap bagi harga, korang pilih bahasa dan tap sahaja kad korang. Palang angkat dan jalan....
Satu lagi, bandar Milan tak membenarkan kenderaan diesel untuk masuk ke pusat bandar. Jadi disebabkan kami drive Merc Vito yang menggunakan diesel, maka kami terpaksa parking diluar zon yang dinamakan ZTL (Zona a Traffico Limitato) → Limited Traffic Zone.
Kalau drive juga masuk sampai ke kawasan ZTL macam mana?
Tak perlu risau, nanti akan sampai polis dorang yang mana traffic camera telah capture kenderaan korang yang tidak berdaftar dengan sistem trafic dorang tu. Harga bayaran saman hanya EUR80-300 (RM400-RM1500) bergantung pada jenis diesel korang pakai.
Macam saya cakap, kalau banyak duit dan kaya boleh saja, asalkan bayar saman. Macam kami ni tak berapa ada duit, maka kami terpaksa park kereta di dalam Citylife Shopping District Mall dan naik Uber untuk ke pusat bandar.
Saya memilih untuk parking dalam mall demi keselematan kenderaan. Ada banyak open space parking sekitar luar kawasan ZTL tapi bila saya baca reivew dalam googlemaps, banyak kereta kena pecah. Jadi kami risau dan saya prefer baik parking safely dalam mall yang ada camera walaupun bayar parking mahal sedikit.
Sebab tu penting kena study kesemua tempat yang kita nak lawat sebelum tiba untuk elakkan perkara tak diingini terjadi. Dapat point nak pergi mana kena draft mana nak park, nak naik apa, berapa bayaran parking, selamat ke passanger nak drop kat situ dan apa kemudahan yang ada. Gitewwww!
Sebelum masuk parking, kami dah drop passanger dan Usop akan escort naik Uber ke city center. Saya pula pergi parking kereta dan akan naik train ke sana nanti. Checkpoint kami adalah Hard Rock Milan!
Milan, Italy
Bila dah safely parking, panjat doa moga semua selamat, maka saya jalan kaki menuju ke train. Dalam mall ini ada train station. Kira macam KLCC laa, bawah tanah ada train terus ke mall.
Buka googlemaps dan terus mapping ke Hard Rock Milan. Maka maps akan bagitahu perlu naik train apa. Kena pula train dari sini satu laluan sahaj menuju ke HR Milan, hanya 19minit sahaja. Ngamm sangat.
Saya purchase ticket EUR2.20 untuk perjalanan 90minit. Harga ticket dia tak kira distance - dia kira timing. Ada 90minit, ada 24jam dan ada 48jam.
Station kat Citylife ni macam seram juga pasal tak ada orang sangat, risau kena paw je laa kan kita tak biasa tempat dorang. Masuk train pun tak ada orang sangat, mungkin time hari kerja.
Alhamdulillah sampai dengan selamat. Just normal day dan normal situastion saja macam tempat kita. Sebenarnya naik train di negara orang ni mudah saja, tak perlu hafal pun nama station, just buka google maps dan point mana tempat nak pergi. Lepas tu tengok kena naik train laluan apa dan platform mana saja.
Bila saya keluar dari station, terus nampak bangunan bangunan lama antik terpesona nan indah. Bangunan dorang ni lebih macam kepada galeri dan gothic. Ada banyak patung patung diukir dengan batu yang berwarna seakan warna beige dan pasir.
Tapi kawasan ini memang ramai orang. saya terus menuju ke Hard Rock. Hard Rock Milan ni tak jauh dari Piazza del Duomo maka sebab tu ramai manusia kat sini.
Masuk saja ke Hard Rock dorang tengah shopping baju dan hoodie. Saya apa lagi, kita tambahkan koleksi pin dan baju yang ada. Nak sampai sini bukan senangkan.
Dak cashier tu pula ajak berborak tanya kami asal kat mana. Rupanya dia orang Manila, bukan Milano yer. Maka sempat kami borak-borak kejap, cuba kecek untuk dapat discount - tak dapat mat. Uhuhuhuhu
Selesai shopping Hard Rock, kak ainul request untuk pekena kopi cafe yang berhampiran. Jadi dorang masuk ke Illy Cafe untuk sesi coaching bersama. Sementara dapat duduk kejap di cafe, saya sempat pergi ke Lego berhadapan dengan Illy Cafe ni.
Disebabkan dah masuk waktu tengahhari, kami just pekana coffee dan makan pastries sahaja bersama salmon salad. Waiter kat sini agak bagus, dorang jelaskan beberapa menu yang tidak halal. Mungkin dorang tahu halal tu hanya pada pork sahaja.
Maka dia juga jelaskan, salad salmon tak ada menggunakan minyak haiwan melainkan olive oil. Sebab tu kakak-kakak order menu tu untuk share sikit-sikit rasa.
Plan kami pun kalau ikutkan nak lunch di kedai Pakistan, tapi dorang terus nak lepak sini sambil layan orang lalu lalang depan kedai. Macam best dan santai betul. Walau ada seat luar, saya prefer duk dalam demi safety risau bag kena ragut ke atau pickpocket. Dalam lagi selamat.
Milan bagi saya agak crowded berbanding Paris dan London tapi tak kotor. Tandas dan laluan pejalan kaki lagi bersih dari Paris. Dorang tak berkira kalau nak guna tandas dan tak perlu bayar pun.
Piazza del Duomo, Milan
Walau makan salad salmon, kenyang juga pasal dorang suruh habiskan. Selesai makan kami sambung jalan kaki ke Piazza del Duomo, Milan. Apa ada Piazza del Duomo ni?
Piazza del Duomo adalah salah satu mercu tanda Italy iaitu sebuah gereja besar dengan senibina yang sangat menawan dan gah. Apa jauh-jauh datang tengok gereja je?
Bukan maksud itu yang kita nak tengok, datang jauh dan mengembara ditempat orang kita perlu mempelajari sesuatu apa yang kita perlihatkan disana.
Datang tengok gereja tak bermaksud bertukar agama, tak bermaksud menganut pada agama tersebut. Bagi saya melawat tempat keagaamaan tidak menjadi satu kesalahan besar dalam sisi agama Ilam melainkan kalau korang masuk tempat tersebut dengan mempraktikkan adat dan cara keagaamaa dorang tu.
Jadi cukup datang untuk melihat dan menilai yang mana hobi saya sendiri suka tengok bangunan lama. Saya suka tentu ukurkan timeline pembinaan bangunan ini relate dengan zaman dan zaman waktu pembinaannya.
Dari jauh lagi Piazza del Duomo dah nampak, laluan lurus dari Via Dante diperlihatkan bangunan yang berusia 640 tahun tu. Yaa Piazza del Duomo telah dibina pada kurun ke 14 sekitar tahun 1386masihi yang masih utuh berdiri.
Sepanjang laluan tersebut ada beberapa gerai sourvenir dan cafe. Kiri kanan bangunan ni memang bangunan lama. Kalau rajin, korang boleh duduk di bench dan melihat hari kerja seni yang beratus-ratus tahun lamanya.
Setiap sisi penjuru bangunan ini diukir tangan masterpiece bagi membuktikan keagungan dan kehebatan kejuruteraan pada kurun ke 14. Pada waktu itu, boleh bayang betapa sibuknya jalan Via Dante ini dan beberapa peristiwa berdarah yang berlaku sekitar kawasan ini.
Negara Italy adalah salah satu negara yang mengalami zaman Renaissance, yang mana pada tika itu ekonomi perdagangan sangat kuat antara negara eropah. Masing-masing nak tunjuk hebat dan kekuatan tentera. Wallahualam.
Dulu masa belajar tak minat mana sejarah pasal subject yang membosankan, tapi bila banyak mengembara ni, saya berminat dengan sejarah tempat yang saya lawati dan senibina asal mereka. Itu laah dia, berjalanlah tempat orang dan lihat negara orang. Pasti kita mempelajari sesuatu.
Dataran Piazza del Duomo ni memang ramai orang, jadi harus berhati-hati dengan bag/handbag atau kocek kita kalau ada orang yang duduk dekat.
Walaupun musim bunga, bila matahari terpacak atas kepada terasa juga bahang UV matahari tu. Masa ni jaket dah tak perlu pakai, dah tak sejuk sangat tapi masih rasa dingin. Kak Raihan tak larat dah nak jalan, kami bagi dia duduk pada 1 spot.
Jadi saya pergi sekejap ronda-ronda dalam Galleria Vittorio Emanuele II sementara yang lain pun berjalan-jalan sekitar kawasan dataran ini sahaja.
Galleria Vittorio Emanuele II
Tujuan saya ke Galleria Vittorio Emanuele II. ni untuk tengok senibina dalam dia. Banguan dia memang unik dan cantik, dibina sekitar tahun 1877. Lebih kurang dalam 148 tahun dari tahun 2025 ni. Tujuan Galleria Vittorio Emanuele II ini dibina adalah simbol kebangsaan Milano pada waktu itu.
Struktur dalaman dia lebih kepada senibina renaisannce yang hampir sama seperti Galerry La Fayette di Paris. Malah, dalam Galleria Vittorio Emanuele II telah diubahsuai menjadi butik barangan mewah dah berhawa dingin.
Cukup untuk tengok architecture mereka dan saya kembali ke tempat kak Raihan lepak, risau tinggal alama-lama nanti kena mengorat pula dia kan... Huhuhuhu.
Tapi sebelum tu, dengan cuaca tak berapa nak sejuk, saya beli laa 1 aiskrim untuk lapik perut. Kat sini harga makanan McDonalds masih boleh terima lagi. Di Swiss harga dia memang mahal. Secawan sundae disini boleh dibeli dengan harga EUR2.00, kalau di Swiss cecah CHF4.50 kauuu.
Bila semua dah berkumpul balik, masih ada masa, maka kami jalan kaki meneruskan ke Primark. Salah satu department store yang kaum wanita suka. Kalau di Primark London, selalu ada case pickpocket dalam Primark pasal mostly orang yang shopping akan leka memilih pakaian. Masa tu scammer akan buat kerja.
Tak jauh mana pun Primark Milan dari Piazza del Duomo sekitar 500meter sahaja. Cuma jalan raya di Milan ni jenis cobblestone, mostly tidak rata dan perlu hati-hati kalau berjalan.
Malah kebanyakkan jalan raya dorang ni adalah laluan tram. Jangan pula jalan atas rel landasan yer. Tram memang selalu lalu. Mostly tempat untuk bergerak dalam bandar ni memang kena naik tram dan train. Bawak kereta tu susah lepas tu nak parking pun susah bang.
Primark Milano Italy
Kami shopping jap dalam Primark ni, kalau di Primark London, selalu ada case pickpocket dalam Primark pasal mostly orang yang shopping akan leka memilih pakaian. Masa tu scammer akan buat kerja. Kalau ada masa, korang beli ler Tumbler air panas, setiap Primark akan ada corak berlainan yang siap tulis tempat. Kira macam Tumbler Starbucks laa.
Selesai shopping, jam pun dah pukul 04.00pm, maka kami decide untuk solat dan dinner sebelum balik ke Swiss. Jadi kami order Uber, nasib baik Uber boleh sampai dalam masa 10minit. Sekali dia datang Merc Vito 9 seater yang besar, memang muat untuk kami 7 orang ni.
Terus jalan menuju ke Citylfe Shopping Disctrict tempat saya park kereta tadi. Dalam van banyak hasil tangkapan di Milan, berbeza di Swiss tak berapa nak shopping pasal mahal. Milan memang murah yer.
Shajalal Jame Mosque, Milan
Kami terus menuju ke salah sebuah masjid di Milan iaitu Shajalal Jame Mosque - sebuah masjid kerjasama antara komuniti Muslim Milan dan Kerajaan Bangladesh.
Masjid dia tak sebesar di Germany tapi cukup untuk kemudahan semuanya - ada bahagian tertutup untuk para muslimat solat. Ada tandas yang guna paip air di Malaysia. Memang nikmat woi nak membuang. Kita langsai kan dulu kat sini... Huhuhuhu
Usai menunaikan solat jamaq dan qasar, ada seorang warga muslim Italy bertanyakan saya dari mana. Saya cakap, kami dari Malaysia tapi dengan sebutan Malayzie. Dia angguk mungkin tanda tahu kat mana dan mungkin di ingat saya dari Tibet.
Then brader tu belanja 1 kopi cawan dari vending machine dalam masjid tu. Alhamdulillah, memang mulut ni pun meminta untuk recharge kopi. Terima kasih orang baik.
Afandina Restaurant, Milan
Perut pun dah lapar, saya bawa dinner di restoran yang nice tak jauh dari masjid ni. Cuma untuk park kereta di sekitar kawasan ni memang sengsara betul. Boleh drop tapi kena park kawasan yang agak jauh sikit. Mostly kawasan sekitar jalanan ni memang penuh.
Disebabkan ada 2 masjid yang berhampiran, ada banyak restoran dan kedai runcit halal kat sini. Tapi restoran Afandina ni antara restoran halal yang santai dan selesa untuk lepak ramai-ramai.
Menu makanan lebih kepada masakan Eygpt, ada nasi, kebab banyak lagi laa... Korang boleh rujuk menu dia pada website restoran. Next time dia cakap kalau nak datang boleh buat reservation. So dorang akan prepare masakan dan tempat private termasuk tempat solat yang selesa.
Yaa boleh solat dalam restoran mereka cuma kena share dan occupied untuk 2 orang sahaja. Jadi sementara tunggu makanan siap boleh laa solat-kan.
Bagi saya makanan dia memang sedap, still kena share makanan. Portion dia tetap banyak dan biasanya kalau makan terasa mudah kenyang.
Jam di tangan saya menunjukkan 07.00malam, cuaca kat luar masih terang berderang macam pukul 3 petang kat KL.
Bersiap pickup kereta dan terus menuju balik ke Bürgenstock. Googlemaps menunjukkan 3jam untuk sampai di guesthouse. Kalau ikutkan nak singgah San Siro Stadium, tapi Store pun dah tutup, tak ada rezeki, InsyAllah nanti sampai tahun depan pula.
Pemanduan pertama usop bawa dulu dan akan kami buat stopover di petrol pump untuk ke tandas dan tukar driver. Kali ni kami sampai agak lewat dirumah, lebih kurang jam 1030malam. Memang dah gelap dah pun dan cuaca yang sejuk betul,
Syukur Alhamdulillah.
Tiba di guesthouse, rehat, mandi dan solat. Esok sambung jalan-jalan lagi.
This is awesome gais!
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 1
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 4
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 6
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 7
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 9
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 10
Comments