Posts

Showing posts from September, 2023

Destinasi 24 Jam : Pulau - Pulau Mersing Johor

Image
Destinasi 24 Jam : Pulau - Pulau Mersing Johor Baru-baru ni abam buat trip jalan-jalan telan air masin di pulau-pulau sekitar Mersing. Ada banyak pulau kat Mersing ni dan kalau naik bot tak jauh mana pun. Tak macam Tioman sampai 2 jam lebih. Apa yang saya nak share kat sini adalah nak ronda-ronda bergolek di pulau boleh dilayan pada masa weekend saja. Tak perlu nak setup 4 ke 5 hari pun melainkan pulau pulau di Sabah nun. Setahu saya, ada 2 pakej yang ditawarkan untuk melawat pulau Mersing ni iaitu yang jenis santai atau jenis adventure. Kalau korang suka adventure, korang boleh pilih pakej yang ada hiking di Pulau Seri Buat. Pulau Seri Buat ni ada hiking untuk dapat mesmerizing view dari puncak bukit. Boleh ler nak ootd macam Bohey Dulang. Kalau nak santai, rileks-rileks boleh layan Pakej 5 Pulau yang mana pakej ini berharga RM150 dan akan melawat 5 jenis pulau iaitu : 1. Pulau Harimau - (Jump Cliff) Korang boleh layan berenang masuk gua dengan lompat dari jurang batu. Kalau berani pa

Jalan - Jalan ke Legoland Discovery Center , Tokyo Jepun

Image
Jalan - Jalan ke Legoland Discovery Center , Tokyo Jepun Kalau korang jalan-jalan ke Tokyo, salah sat attraction harga murah korang boleh bawa anak-anak masuk ke Legoland Discovery Center. Selain daripada nak bayar Disneysea atau Disneyland RM300+, boleh jimat kocek masuk ke sini dengan harga hanya bawah 100 ringgit. Legoland Discovery Center ni terletak kat Odaiba. Sapa tak kenal mana terletaknya Odaiba kalau datang ke Tokyo. Salah satu tempat popular jugak laa di kalangan rakyat Malaysia pasal terletaknya patung gundam Unicorn percuma selain dari tengok Gundam Yokohama. Untuk kesini korang boleh naik 2 train berbeza iaitu sama ada naik Yurikamome Line ataupun Rinkai Line. Harus diingatkan kedua-dua line ini tak cover oleh JR Pass dan harga dia mahal untuk setiap satu station. Jadi pastikan Suica Card atau Pasmo Card kena ada at least 500yen, kalau tak cukup top-up saja kat station nak keluar tu. Okay untuk harga tiket Legoland Discover Center ini berbeza-beza pada weekday dan weekend

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...