Posts

Showing posts from March, 2012

Our Own Solar System

Image
Our Own Solar System Oleh kerana aku bukan budak astronomi, kebanyakkan jarak tentu-ukur antara bumi dgn planet-planet lain mengunakan unit kelajuan cahaya, oleh yang demikian aku tak dpt bayangkan berapa jarak yang sebenar solar sistem kita ini. Dibawah adalah infografik yg sgt awesome iaitu infografik yang mengukur jarak bumi dengan solar sistem kita dlm unit Kilometer (KM) dan ianya lebih mudah difahami berbanding dgn kelajuan cahaya. Anda mungkin penat nak scroll down gambar nih tapi ianya sgt berbaloi dan renungkan bertapa luas dan besarnya alam semesta ciptaan Allah ini. Note: Pastikan anda sedang menggunakan internet berkelajuan tinggi untuk lihat gambar paparan dibawah. Tahniah pada anda yang berjaya scroll down mouse anda sehingga habis.. Syukur dan nikmati ke-agungan Illahi yang menciptakan alam semesta ini. Source : visual.ly

Cardboard Art

Image
Cardboard Art Teringat aku masa sekolah rendah dulu-dulu, subjek paling sempoi skali adalah subjek Pendidikan Seni atau nama singkatan adalah PS. Hahaha subjek nih mmg feveret aku lah bukan pasal teacher tu anggun, tetapi mmg aku minat utk melukis. Dulu aku pernah buat projek dengan menggunakan kotak cardboard. Kami buat bentuk rumah tapi bila tgk hasilnya tak berapa nak jadik rumah, da macam reban ayam... Today aku google beberapa Cardboard Art yang awesome dan skarang aku terasa mcm nak buat jgk!

Malaysia Formula 1 2012

Image
Malaysia Formula 1 Semalam berlalu sudah Formula 1 untuk 2012 yang berlangsung di Litar Sepang. Aku tak gi tengok pon pasal harga tiketnya dah boleh beli tiket flight gi Tokyo dah.. Demmmmmm...... Hanya menonton di Astro pastu sambil-sambil makan pisang goreng, sungguh syiok... Anyway aku terasa best pasal driver Hamilton tak dpt nombor 1, muahahahaha mantap. F1 Sepang semalam diungguli oleh Fernando Alonso (Ferrari), #2 Sergio Perez (Sauber-Ferrari) dan #3 adalah Hamilton (McLaren-Mercedes). Review smlm race dimulakan dengan cuaca mendung dan pada lap 10 pertama perlumbaan terpaksa dihentikan kerana hujan yng begitu lepbat semalam 50minit. Perlumbaan diteruskan dengan menggunakan wet compound yang sememangnya kereta F1 buat ribut dlm Litar Sepang. Demmmm toooooo goooodd... Anyway Majulah Motorsport untuk negara... Source : formula1.com | malaysiangp.com.my

Best Photography in March

Image
Best Photography in March Source : national-geography.com

Matta Fair 2012

Image
Matta Fair 2012 , Kuala Lumpur Satu lagi event gov Malaysia yang meyarankan rakyat Malaysia pergi berjalan2. Matta Fair 2012 berlangsung pada hari ini 16 Mar hingga 18 Mar di PWTC Hall 1 dan Hall . Akak2 kaki jalan jgn lepaskan peluang untuk amik voucher free.. mane nak tau ader ravel agent kasik free ker... Aku pernah gi dulu Matta Fair 2011 last year.. mmg rambang mata tapi jgn tertipu dgn travel agency, mereka mmg menawarkan macam2 benda yang murah, tapi bila on that day korang nak gi tu macam2 masalah yang timbul atau kena topup duit plak. Disarankan bila dah offer rendah giler tu silalah check betul2 takut nant dah beria-ia nak gi bercuti alek2 kena tipu dek org... Tapi tak semua dorg macam tu kan... so pandai2 laaa kita nak pilih.. Anyway... jom gi Matta Fair besok... Source : mattafair.org.my

Tok Aman Bali Beach Resort

Image
Tok Aman Bali Beach Resort , Tok Bali Kelantan Thanks to my cousin Nik Abd Jabbar, aku amik gambar dier utk preview Tok Aman Bali Beach Resort yang dikatakan mampu menyaingi Swiss Garden dgn Club-Med Cherating.. Haaaa amek ko... aku pon blom sampai lagik. Pada bulan lepas aku ada preview satu resort jugak di Tok Bali Kelantan iaitu Villa Danialla Resort  . Tapi kali nih aku nak share satu lagik resort yang family2 aku dah sampai dan dah bersuka ria kat resort nih. Rate untuk bilik bermula dari harga RM170 hingga ker RM600 dan juga mempunyai Grand Ballroom dan macam2 facilities lain yang dikatakan boleh lawan Swiss Garden.. Resort nih berhadapan dengan pantai Tok Bali dan setiap bilik yang anda amik mempunyai lake view dan sea view. ahaaaa mana datang tasik pandai2 laaa datang check-in sendiri woooi! So next cuti sekolah in March boleh ler start booking pasal pantai Tok Bali nih dah jadik tempat perlancongan selepas Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Bachok. Alang2 nak puas hati dri

Aksi Berani Pekerja Buruh

Image
Aksi Berani Pekerja Buruh Anda ada brani? Ape celop... (mender tah).... Seriussssssssly aku takut dgn tmpt tinggi dan aku gayat, apatah lagi untuk bekerja ditempat tinggi yang takde apa2 safety device. Kat sini aku dapatkan beberapa gambar yang pekerja Indon yang sanggup mengadai nyawa dan berani mati untuk menjadi buruh binaan yang rata-rata gajinya tidak selebat pekerja indon buruh rumah di Malaysia nih. Jadi hargai dan bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia nih yang dpt kerja di tanah air sendiri dan tak perlu nak ber-migrasi ke tempat orang.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...