Posts

Showing posts from March, 2017

Putrajaya International book Fair 2017 - MPH Book Store

Image
Putrajaya International Book Fair 2017 - MPH Bookstore. Bagi korang yang mencari buku murah boleh ler ke Putrajaya International Book Fair 2017 yang kini sedang berlangsung di Putrajaya International convention Center (PICC). Event Book Fair ini berlangsung dari 28 March - 2 April jam 10pagi hingga 9malam. Banyak buku-buku dari jualan MPH akan dijual dan diberi diskaun yang terhebat. Jika anda masih belum menjadi ahli MPH Bookstore, silalah daftarkan diri anda di sini untuk mendapatkan diskaun member price. Harga memang murah, yang menarik minat saya adalah buku travelog/travel section yang diberi diskaun 30%-50%. Malah ada juga jualan untuk stationery serta mainan kanak-kanak. Ada juga beberapa section yang memberikan diskaun sebanyak 50% dan juga 70%. Agak rare dan terbaik juga ada diskaun sebegini. Malah ada juga beberapa kejutan dari maskot Dora & Chase serta Popcorn, Candy Cotton, Donut & coffee percuma dengan pembelian yang tertentu. Jom datang bersa

Itinerary ke Padang - Bukit Tinggi Indonesia 3 Hari 2 Malam

Image
Itinerary ke Padang - Bukit Tinggi Indonesia 3 Hari 2 Malam Hampir setahun lebih saya telah mengunjungi Padang Indonesia, salah satu tempat beli belah kain pasang dan juga industri tenun kain.  Agak kerap juga warga Malaysia melancong ke Padang dan Bukit Tinggi selepas Bandung.  Mungkin menghabiskan duit untuk shopping dan sebagai food hunter.  Banyak tempat menarik dan diperkatakan di Padang dan Bukit tinggi dan ianya bukanlah sebuah bandar besar seperti Medan atau Surabaya. Kebiasaan pelancong dari Malaysia akan membuat 2 trip jika ke Padang iaitu akan menaiki ke Bukit tinggi.  Cuaca tidak sesejuk Cameron akan tetapi sangat nyaman, suasana kampung dan desa serta makanan asli memang terbaik kalau nak layan. Berikut adlaah itinerary perjalanan saya ke Padnag - Bukit Tinggi selama 3 hari 2 malam. Kalau korang mempunyai tempat lebih menarik boleh ler share. Mane tau skang dah ade tempat lepak best di sana. Day 1 : - Penerbangan dari KLIA2 menuju ke Bandara Min

5 Tempat Makan Best di Penang

Image
5 Tempat Makan Best di Penang Penang pernah dinobatkan sebagai sebuah negeri untuk food hunter dari web Tripadvisor pada tahun 2011 yang menarik ramai pelancong dari luar negara check-in ke Penang termasuklah rakyat Malaysia sendiri. Kalau sebut Penang ni dalam kepala otak korang mesti dok ingat Nasi Kandar dengan Char Koew Teow, ahahhhh memang tepat pasal saya sangat malas untuk kongsi korang restoran pilihan yang lain takut nanti kedai tu kena serbu. Langsung food quality drop. Huk huk huk... Tapi kali ni saya tetap akan share 5 restoran pilihan top di sekitar negeri Pulau Pinang yang yang mampu membuatkan usus perut anda bekerja pada tahap yang maksima. Macammana pon, banyak lagi restoran pilihan yang lain yang terdapat di Penang selain dari Nasi Kandar, Koew Teow mahupun pasembor. Jangan main-main woi... 1. Deen Maju Nasi Kandar, Jalan Gurdwara. Ianya adalah antara restoran pilihan saya untuk pekena nasi kandar di Penang dan menjadi itinerary food yang wajib untuk sing

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...