Nexus 4 - Google Mobile

Nexus 4 Mobile from Google

Sebelum ini google memperkenalkan model Nexus 7 dimana tablet ini berfungsi seperti saingan tablet yang lain cuma Nexus adalah keluaran dari Google Inc.

Kali ini Google memperlihatkan satu lagi model baru iaitu Nexus 4 dimana Nexus 4 ini bersaiz 4.7inci dan ianya berfungsi sebagai phone mobile dari Google. Setakat ini Nexus 4 belum berada dipasaran Malaysia dan ianya baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu dan harganya dijangkakan bermula dari USD299 (MYR999).

Apa yang Nexus boleh berkhidmat untuk anda? Nexus 4 ini menggunakan O/S Android 4.2 Jelly Bean, Processor Qualcomm Snapdragon S4 daripada LG Technology, 2Gb RAM dan 4.7inci 1280x768 skrin paparan yang tahan calar dari Corning Gorilla Glass 2.

Antara yang  paling best adalah Nexus 4 menawarkan Voice Search dimana anda hanya perlu berkata-kata sahaja untuk mencari apa yang yang terdapat didalam Google. Selain itu aplikasi Google Maps live mengantikan aplikasi GPS yang sedia ada.

Nexus 4 mempunyai camera bersaiz 8MP dan salah satu fungsi terbaik camera Nexus adalah ianya mampu capture gambar dalam bentuk panorama 360 3D serta rakaman video dalam betuk HD 1080p. Anda juga boleh upload teros gambar yang diambil kedalam Google+ dan tidak perlu menyimpan gambar tersebut didalam Nexus phone.

Secara keseluruhan jika Nexus 4 ini memasuki pasaran Malaysia, ianya mungkin menjadi Smart Android Phone yang paling murah pernah dijual di Malaysia jika kerajaan membenarkan kawalan harga yang tidak begitu tinggi dan tak lupa juga, anda boleh menggunakan baucer pembelian smartphone yang ditawarkan oleh kerajaan nanti, Syabas PM kita... Jadi boleh dikatakan mampu milik! Awesome!











Source : google.com/nexus4
1 comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!