Introducing - Muhammad Nazril bin Nazrul Akram

Introducing - Muhammad Nazril bin Nazrul Akram

Alhamdullilah diucapkan pada Ilahi dengan rahmat dan kurnianya menganugerahkan hadiah yang bermakna pada keluarga kami.

Isteri saya Nurhayatie Zulkiflee telah selamat melahirkan anak pertama kami pada 4 Disember 2013 jam 2.00pagi iaitu seorang baby boy yang comel di hospital Ampang.

Kesihatan ibu dan baby sangat cemerlang dan gemilang dan mengharapkan dipermudahkan segalanya akan tetapi pada hari kedua doktor mengesahkan anak saya mengalami hypoglycemia dimana kadar gula dalam darah sangat rendah senhingga mencecah bacaan 1.4 . Oleh itu Muhamaad Nazril terpaksa ditahan di wad NICU kerana glukos beliau tidak stabil walaupun sudah diberi susu ibu.

Pelbagai perkara yang bermain dalam pemikiran saya dan juga ibu pada minggu pertama baby dilahirkan kerana macam-macam doktor menjalankan prosedur perubatan. Sapa yang sanggup nak tengok anak yang masih kecil dan baru kena cucuk sana, cucuk sini....

Allah telah membantu kami, syukur Alhamdullilah pada hari ke-10, Muhammad Nazril dapat melihat dunia luar buat pertama kali...

Serta terima kasih atas sokong saudara mara dan rakan taulan yang tak putus memberikan semangat dan juga doa kepada isteri saya. Jasa anda sangat dihargai dan semoga dimurahkan rezki dari Ilahi.




Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam