Bercuti ke Ho Chi Minh - Day 2

Trip to Ho Chi Minh - Day 2

Day 2 :

Awal pagi dah breakfast sendiri di Restoran Hjh Basiroh sementara tunggu supir nak ke Cu Chi Tunnel. Mungkin menjadi satu kewajipan pulak bila ke Ho Chi Minh nih nak kena pergi Cu Chi Tunnel.

Dah settle breakfast so gerak ke Cu Chi Tunnel. Anda buleh tengok pembangunan dan kehidupan mereka di sepanjang jalan tu dan rumah kedai sepanjang anak sungai Saigon. Memandangkan hari kedua adalah hari Sabtu, so traffik agak teruk dengan limpahan motosikal yang banyak giler. On the way tu singgah sekejap di kawasan industri desa pembikinan kraf tangan dari orang kurang upaya iaitu di Handicapped Handicraft.

Difahamkan oleh supir kami (En Sulaimen Akhlaken), mereka ini adalah mangsa dari pencemaran radioaktif ketika ibu mereka mengandung semasa zaman Vientam berperang. Wallahualam...

Tak lama pon lepak lepak sini, so teruskan perjalanan menuju ke Cu Chi Tunnel. Sebenarnya agak jauh dari Bandar Ho Chi Minh. Lebih kurang 55km. Perjalanan dengan trafik jem tadi jadi la 1jam 30minit.

Sesampai Cu Chi Tunnel, teros follow tourist guide mereka untuk mendapatkan keterangan pasal sejarah dorang nih. Macam macam la dorang tunjuk dari terowong laluan askar bawah tanah, city underground, jerat askat, bilik senjata, kawah bom. Tengok kalu agak ngeri dengan seksa beb.. Boleh dikatakan mereka masih taksub dengan perang. Agak kalu ajak perang lagi mau dorang pulun nih.

Dok di Cu Chi Tunnel lebih kurang 2jam, so pastu return back ke bandar untuk sesi lunch. Kami singgah di Saigon Green House Restoran yang menawarkan makanan Halal yang terletak tak jauh dari hotel kami jugak. Agak Awesome jugak masakan dorang yang ala-ala Thai.

Pas lunch sambung trip menuju ke War Memorial Muzium. Di sini dorang mengumpulkan asset perang mereka bersama US dulu kala, segala kereta kebal, helikopter, jet pejuang dorang angkut kasi orang tengok. Bom atom pon ado sampai bertan-tan. Hari-hari buleh tengok dengan bayaran tiket sebanyak VND 100,000. Hummm Malaysia pun ado.. Kapal Selam atas darat kat Melaka. Awesome!

Pada malam nya kami Dinner dulu di sekitar hotel sebelum layan cruize di Sungai Saigon. Kalau anda nak dinner atas kapal ini pon boleh akan tetapi status makanan disini tidak halal. Difahamkan kuali depa campur aduk laa nak goreng non-halal food. So kami hanya amik cofffe dan buah-buahan aje sambil layan cruize malam menyusuri Sungai Saigon. Ada view yang menampakkan bandar Ho Chi Minh City.

Pas balik dari Cruize kami layan balik shopping di Ben Thang Night Market. Lagi lewat lagi murah beb kata mereka laaa. Tapi kalu korang aim beg Deuter boleh beli disini. Nak beli sourvenior macam rantai kincin pon kat sini jugak lebih murah. Macam biasa, ending pekena kopi Vietnam dulu. Awesome!

Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!