Family Day Al-Imran 2018

Family Day Al-Imran 2018

Cuti Chinese New Year pada tahun ini digunapakai sepenuhnya untuk perjumpaan antara ahli keluarga yang disayangi. Satu sesi telah ditetap sebulan sebelum dan menjadi agenda tahunan ahli keluarga Al-Imran akan berjumpa - bertemu mata pada setiap tahun memandangkan pada tahun ini adalah tahun genap yang mana kebanyakkan hali keluarga tidak balik beraya di Kota Bharu. Maka Family Day dianjurkan untuk ukhwah sesama ahli.

Family day Al-imran berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Villaku Chenta, Kampung Cherok Paloh Kuantan. Agenda kami sepanjang family day ini adalah acara bebas dan acara makan yang tiada penamat. Kami sngat suka dengan makan dan tidak gemarkan bersukan.


Aktiviti kali ini hanya lebih kepada mandi manda di swimming pool yang telah dibolot sepenuhnya oleh anak-anak (balik terus demam bhai), serta acara penyediaan makanan dan lebih kepada aktiviti memancing. Nampak macam bosan kerana tidak ada acara sukan neka tetapi tidak sebenarnya, asalkan ahli cukup makan maka tiada protes atau boikot dilontarkan. 

Apa yang menarik adalah villa yang kami stay ini memang awesome! Villa ni memang urban dan besar giler. Mempunyai 7 bilik tidur, 1 bilik entertainment, 1 bilik solat, 1 bilik gym dan yoga, ada 2 dapur, ada 2 private pool, ada jakuzi, ada balkoni untuk berjemur dan bersantai. Cukup untuk menampung ahli keluarga kami yang hampir mencecah 50orang.... errr tu belom lagi kesemuanya hadir. 

Villaku Chenta ini milik seorang pensyarah UMP dan beliau membina atas dasar privacy bersama isterinya. Villa ini tidak dibuka pada orang ramai akan tetapi hanya pada kenalan terdekat sahaja. Dalam airbnb ada paparan mengenai Villa ini tapi owner akan memilih samada terima atau menolak.

Saya malas nak review Villa ni panjang jela, korang boleh la tengok gambar -gambar yang saya ambil ketika rumah tiada orang. Paling saya suka dalam rumah ini adalah rumah yang dibina secara modern urban dan simple. Pada bahagian depan dan belakang rumah ini terdapat kolam ikan dan seluruh ruang tamu dan bahagian dapur dipasang kemas pintu cermin yang membenarkan cahaya masuk sepenuhnya dengan tiupan angin laut. 











Bersambung diantara ruang tamu dan dapur adalah bilik-bilik yang terdiri dari master bedroom dan beberapa bilik yang lain. Lebih kurang seperti mempunyai left wing dan right wing pula Villa ni. Tengah-tengah adalah ruang tamu dan dapur. 

Mengadap ruang tamu pastinya terdapat swimming pool untuk kanak-kanak dan dewasa. Besar juga private pool dia dan walaupun air nampak keroh. Tapi air dia filtered dan menggunakan dari sumber air bawah tanah. Disediakan kerusi santai depan swimming pool memboleh kan korang lena nyambil pekena kopi. Terbaik!

Sememangnya awesome dan terbaik. Sewa untuk satu malam boleh mencecah RM2000/per night. Dalam airbnb laa... direct owner ada sedikit diskaun. Lepas raya owner tutup rumah untuk laluan lakonan drama apa kebenda tah. Dorang sewa 5bulan terus lepas raya untuk shooting.

This is Awesome bro...











Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam