10 Gram, Vista Alam, Shah Alam

10 Gram, Vista Alam, Shah Alam

Shah Alam memang banyak kedai/restoran ala-western berbanding dengan kedai mamak. Tak kurang hebatnya juga tumbuh di Seksyen 7 bagaikan membuka sebuah restoran macam nak bukak gerai burger aje. 

Tapi saya kali nak cerita sebuah restoran ala-hipster dan western food yang cukup memberikan saya tidur yang lena dimalam hari. Restoran ini adlaah 10 Gram yang terletak di Vista Alam di Shah Alam. Kat mana 10 Gram Vista Alam ni? Diaada kat bawah services apartment Vista Alam sendiri atau kalau nak lebih mudah boleh google lokasi disini


Kenapa nama 10 Gram? mungkin saya rasa ada satu menu tu, coffee shot yang seolah macam chemistry dengan isipadu espresso 10gram. Saya rasa la, tak tanya pulak kenapa 10 Gram bukan 10 kg... hewhewhew

Okay konsep kedai ini simple dan menarik. Masa saya datang tak ramai orang pun, tak tahu la pasal kes meningkat ke baru-baru ni. Tapi suasana kedai sememangnya chill and relax. Agak santai kalau nak lepak borak-borak dengan kawan mahupun small party untuk harijadi mahupun event.




Jadi haritu kami membuat pesanan western iaitu menu Crispy Chicken Chop with Fried Rice dan juga Crispy Chicken Chop with Tomato Spaghetti. Kedua-dua menu ini berharga RM19.90 pada setiap satu dan yang padunya menu-menu ini, dorang bukan saja ada chicken chop semata-mata, ianya adalah hasil combo chicken chop samada nasi goreng atau spaghetti pilihan anda. Kalau korang makan seorang, memang kenyang habis.


Dalam menu juga terdapat menu big breakfast, yang dihidangkan pada waktu pagi. Kalau tengok menu tu pastu beberpaa gambar dari google. Macam menarik aje menu breakfast dia ni. Continental style yang mampu buat anda tido lepas breakfast.

Untuk memjadikan penutup dinner saya pada haritu, saya tambahkan dengan Flat White Coffe yang dibrew menggunakan mesin. Flat white dia just nice tak terlalu banyak steam milk. Harga juga mampu milik. 


Selain daripada menu western, ada juga menu Asian tapi tak banyak pilihan, ada la nasi lemak, nasi goreng, laksa kari. Boleh laa nak try kan. Tapi bagi saya menu western dia ni memang sexy. Sememangnya gandingan mantap antara chicken chop dan spagetti. Anda harus mencuba menu ini. Kalau korang minat beef, ada jugak steak with spaghetti. No problem dorang buatkan untuk anda.




Lepas tu, restoran ini ada franchais selain di Shah Alam, ianya juga ada di Mahkota Cheras, Puchong Jaya dan juga Cyberjaya. Saya lebih prefer di Vista Alam atau Cyber kerana mudah nak dapat parking dan lebih selesa.

This is Awesome bro!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam