Fenomena Matahari Tengah Malam

Fenomena Matahari Tengah Malam

Entry ini saja saya keluarkan pada bulan ramadan kerana saya tertanya-tanya bagaimanakah penentuan masa mengikut hukum agama Islam jika kita berada di negara yang mempunyai matahari waktu malam selama 1-2 bulan.

Ya, kalau korang nak tahu, terdapat satu fenomena yang dinamakan Midnight Sun atau Matahari Tengah Malam yang mana matahari muncul dan tidak tengelam pada waktu malam selama 1-2 bulan. Pendek kata kawasan tersebut mempunyai matahari selama 24jam selama 2 bulan. 

Oleh kerana bumi berada pada kecondongan paksi 23darjah 5minit dan mengelilingi matahari maka ada kawasan bumi yang mana akan menerima matahari sepanjang masa dan akan bergelap pada masa-masa tertentu.

Salah satunya adalah kawasan garisan artik yang menerima matahari penuh selama 2 bulan bermula pada Jun hingga Julai , manakala pada waktu ini, Antartika pula akan bergelap selama 2 bulan. Ini disebabkan paksi bumi berubah kedudukan asalnya 23darjah 7minit dan ianya akan terbalik pada belah antartika. 


Kalau korang berfikiran flat earth. Korang kena pergi ke Negara Norway atau Alaska. Elok korang kaji cuaca kat sana.

Fenomena Midnight sun ini boleh dilihat pada negara-negara garisan Artik seperti Norway, Utara Russia, Alaska, dan Canada. Anda boleh lihat fenomena ini pada bulan Jun-December yang mana matahari akan muncul 2 kali dan tidak akan tengelam sepenuhnya.



Menjadikan sekitar kawasan ini akan cerah sepanjang tempoh 2 bulan malah jika cuaca cantik, akan jelas kelihatan matahari senja tersebut diatas permukaan lautan artik dan antartika.

Sepanjang tempoh terang selama berbulan-bulan ini, penghuni kawasan artik ni dah biasa dan mereka bergantung kepada jam untuk mengetahui siang dan malam. Shopping mall dan beberapa kedai kadang-kala melanjutkan operasi perniagaan mereka dan ada sesetengah kedai masih dibuka pada jam 12 tengah malam.

Bagi kita agak pelik jugak laa matahari tak turun-turun, tak payah matahari tak turun, gi jalan Sydney, magrib masuk jam 830malam pun dah jakun. Tapi panas dia tak yah citer laa... basah ketiak beb.

Persoalan sekarang, bagaimanakah umat Islam menunaikan ibadah puasa dan solat dikawasan tersebut? Kalau nak ikut matahari 6 bulan bhai tak bukak puasa. Maka syarat yang manakah perlu kita patuhi? Saya tak tahu, cuba korang tanya ustaz jangan tanya abam. Kalau tanya abam, waktu berbuka follow waktu Malaysia saja laa... hewhewhew.

Kalau ada modal besar, korang boleh la menuju ke kawasan ini dengan membaca artikel dibawah. Harus diingatkan bahawa negara Scandinavian adalah bukan negara ramah mesra dengan duit. Harga barang dan penginapan kat sini lebih mahal berbanding dengan negara Jepun atau Switzerland. Ada duit berkepuk-kepuk pun boleh jatuh miskin kat sini. 

Akan tetapi, ilmu tiada had nilai, jadi saya kongsi bersama anda untuk rujukan anda artikel untuk pngetahuan kita bersama.

Korang boleh tengok bagaimana pergerakkan matahari ketika musim fenomena Midnight Sun disini

Sila baca Titik Paling Utara : North Pole 90ÂșN disini

Sumber : timeanddate.com

This is Awesome dude.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam