Jalan - Jalan ke Kidzania, Kuala Lumpur

Jalan - Jalan ke Kidzania, Kuala Lumpur

Cuti sekolah baru ni saya set dengan anak untuk ke Kidzania, pasalnya tak pernah nak jejak kesana sebelum ni atas faktor umur. Kita bawak sekali cousin dia untuk join dengan Nazril masuk Kidzania, ramai-ramai baru laa syok kan.

Tiket Kidzania korang boleh beli dalam website Klook ataupun apps klook. Korang boleh akses website klook disini. Harga tiket untuk Kanak-Kanak adalah RM86 manakala untuk Dewasa adalah RM54. Untuk Toddler pula harga RM44 yang berumur 2-3 Tahun. Huhhh patutnya Toddler ni kasi free ajer laa.. umur 2-3 tahun ape yang dorang tau sangat.

Bagi saya, umur yang ideal untuk masuk ke Kidzania adalah bermula pada 5 tahun keatas. Tapi lagi bagus kalau anak dah mula masuk sekolah rendah untuk mencipta memori. Ini kerana, cousin Nazril pernah datang ke Kidzania masa tadika, tapi dorang dah ingat-ingat lupa, yang dorang tahu, dorang ada simpan duit gaji Kidzania.

Korang boleh direct drive ke Curve NZ dan park dalam tu terus. Kalau naik MRT boleh berhenti di staiton Mutiara Damansara, jalan kaki masuk e-Curve lepas tu lintas jalan terus ke NX Curve berhadapan dengan Lotus Damansara.


Masa ketibaan kami dalam jam 10:15pagi, queue untuk check-in masuk macam boarding kapal terbang. Bila korang beli tiket, korang akan dapat QR Code. So QR code tu kena scan, register nama korang atau nama anak serta upload selfie. Ya kena selfie muka sendiri dan anak-anak korang pasal gate masuk tu berdasarkan face recognition. Tiket korang ni boleh re-entry untuk sehari. Kalau nak keluar kejap beli lunch pun boleh.


Kat pintu masuk ni ada sebijik half body Airbus A320. Gedabak atas kepala. Style gile, mula-mula ingat replica, rupanya betul original bang.

Dah scan muka untuk masuk, terus dapat view indoor ala-ala Trans Studio Bandung. Lawa betul deco dengan building yang dorang buat. Memang awesome. Baru lepas kena explain daripada staff pintu masuk, anak-anak terus kena culik untuk jadi polis. Berlari-lari dorang ni.

Ehh jap, masa pintu masuk tu, kanak-kanak akan dapat gaji sekitar 80Dollar. Gaji ni boleh guna untuk bayar entrance permainan, beli air atau cenderahati. Kalau buat kerja, akan dapat gaji sekitar 6-15Dollar.  

Task pertama dorang ni jadi polis. Dorang pakaikan uniform polis, brief apa polis buat lepas tu pergi tangkap penjenayah. Penjenayah akan berkeliaran dalam bandar Kidzania, jadi polis-polis ni kena pergi tangkap. Style kan... bila dah settle kerja, bawa penjenayah masuk lokap dan baru dapat gaji 10Dollar.


Next task tu layan bomba, pasal masa pusing cari penjenayah, lori bomba dok pusing satu bandar bawak anggota bomba. Haa sini ada beratur dalam 15minit. Sama macam polis tadi, budak-budak dipakaikan topi dan jaket bomba, dorang akan naik jentera bomba comel pastu pergi ke tempat kebakaran. 

Dalam kes ni, dorang akan padam api dengan guna air sebenar. Memang gelak sakan laa budak-budak. Nasib baik tak lenjun laaa kena tempias air. Parent macam mana? parent ikut korang laa samada nak ikut tengok anak korang buat aktiviti atau korang lepak kat bangku tepi jalan. Dah settle job, balik ke balai bomba dapat gaji lagi dalam 10Dollar.



Task 3 ni kami pergi ke AirAsia Pilot Training. Pasal kat sini beratur dah panjang. Budak-budak ni beratur almost 40minit baru dapat masuk. Tapi jangan risau, ada seat untuk dorang duduk. Dalam ni ada flight simulator. Parent tak boleh masuk, so Nazril cerita, dalam tu dia pakai jaket dengan topi pilot. Lepas tu dorang bagi main Microsoft Flight Simulator, task dorang kena landing flight.  

Dalam ni, dorang masuk dalam body airbus A320. Ya tuan-tuan ini adalah the real body scrap Airbus A320. Bukan replica atau buat sendiri. Kidzania beli half-cut dan pasang masuk dalam bangunan. Jadi, ada susun susun atur tempat seat flight. Boleh pilih samada nak jadi cabin crew atau pilot. Comfirm laa budak-budak nak jadi pilot kannnnnnn.. Gaji sini mahal sikit. Dapat dalam 15Dollar.



Pasal dah lama beratur, kami set untuk lunch kat luar. Dorang nak pi makan McDonalds di ground floor NX Curve. So boleh keluar jap, untuk lunch dan solat kat tingkat 3.

Ok, dalam Kidzania ni, ada beberapa restoran sebenarnya. Contohnya Subway, A&W, Jamaica Blue (Parent Lounge), Tealive, dan sebuah restoran western di Main Square. Sebenarnya, korang boleh bawa makanan dari luar, nak tapau makanan sendiri ke, nak bawak mangkuk bertingkat ke tak de masalah. Kidzania mengamalkan polisi Makanan luar boleh dibawa masuk. Terbaik, memang jimat ini macam. 




Cuma, bila datang time cuti sekolah ni, tempat duduk dekat restoran agak terhad, itu salah satu sebab kami lunch diluar. Pastu, bagi abah-abah yang percayakan anak, korang boleh lepak kat Parent Lounge. Serius kat dalam ni tenang betul, tak ada bising memang awesome. Ada 1 cafe Jamaica Blue dalam ni, maka parent boleh lepak minum kopi, makan dengan aman damai sambil tengok movie. 

Budak-budak tidak dibenarkan masuk dalam ni yer, untuk tidak mengganggu privacy orang lain. Maka parent juga tak leh makan-makan bersama anak-anak dalam Parent Lounge. Semamangnya untuk orang dewasa sahaja. Saya beli kopi latte dalam ni dan sempat laa lepak masa tunggu dorang beratur nak main AirAsia Flight Academy tu.




Okay dah settle lunch dengan solat, masuk balik ke Kidzania, just scan balik muka kat pintu masuk layan lagi roleplay dalam tu. Dorang main macam-macam laaa antara yang ada dalam ni saya list dibawah.

1. Service Delivery
2. Bomba
3. Tearista (Tealive)
4. Dentist
5. Surgeon
6. Hospital
7. Polis
8. Chef
10. Pilot / Cabin Crew
11. Modelling
12. Maintenance Service
13. Road Experience 
14. Penguatkuasa MBPJ
15. Cinema Worker

Aaaaaaahh macam-macam laaa der, ade berpuluh role-play dalam ni, jenuh juga nak list 1 by 1. Yang say list tu nampak kat mata.

Cuma, kami tak dapat main Road Experience tu pasal beratur dia panjang dan lama. Dalam ni ada go kart yang mana dorang akan ajar anak-anak pandu kereta, isi minyak, repair tayar pastu keselamatan jalanraya.

Untuk pandu go-kart ni, dorang kena pergi buat check mata kat Optical Clinic dan dapatkan lesen driving di Drive simulator. Kat Optical Clinic ni beratur lama beb pasal dorang check mata betul yer bukan main-main. Ada doktor mata dan petugas yang akan check mata anak dan dapat kena dapat cert.

Dah check mata kena gi Driving School untuk dapatkan lesen. Kena bawa macam main game, ada traffic light kena follow, kalau salah, lesen tidak akan dikeluarkan. Tak dapat lesen tak leh bawa go-kart. Memang sempoi, bagus juga untuk pendedahan pada anak-anak.

Bila dah complete dapat lesen barulah anak-anak dapat pandu go-kart. Nak pandu ni kena bayar dalam 15Dollar. Pasal ini bukan pekerjaan, ini adalah salah satu permainan yang ditawarkan.

Sebelum nak balik, budak-budak ni layan last jadi Tearista Tealive. Sini, budak task dapat duit, tapi korang yang kena bayar pasal air yang anak korang budak tu boleh minum. Ada 5 jenis perisa, anak-anak pilih, pastu dorang ajar cara nak buat air dengan shake air tu. Masukkan bobba sampai la packing dan terus boleh minum. Okay laaa kan guna balik duit Kidzania tu. Not bad bro!

Duit-duit ni sebenarnya boleh guna untuk guna permainan sebenarnya, macam permainan wall clmbing, bawa go-kart, tealive pastu tengok cinema. Kalau nak redeem gift tu macam mahal sangat, sampai key-chain tu harga 200-500 Dollar. Baik spend untuk main permainan berbayar dalam ni.

Satu lagi nak bagitau, dalan ni ada cinema dan magic show yang bertempat kat Main Square. Parent atau anak-anak boleh layan free movie ikut schedule dia pastu tak silap saya setiap 2jam akan ada magis show dalam cinema ni. 

Overall, memang awesome untuk bawak anak korang masuk dalam Kidzania, cuma bagi saya, biarlah anak tu besar sikit untuk dorang faham apa pekerjaan dan permainan yang dorang lakukan. Kalau umur 3-5 tahun kecik sangat. Korang pulak yang beria-ria pasal nak amik gambar anak korang je yang comel. Tiber!









Berikut adalah beberapa tips untuk ke Kidzania :

1. Tiket Toddler (2-3tahun) dikenakan charge RM44, Kanak-kanak (4-17tahun) RM88, dewasa 18tahun keatas RM56. Jadi bagi saya, eloklah anak mencecah 5 tahun keatas untuk masuk ke Kidzania, tapi tu duit korang, suka hati koranglah.

2. Parking di NX Curve, naik lift terus tiba di entrance Kidzania ala-ala boarding flight. Style. Kalau parking penuh, boleh park tingkat atas.

3. Buat perbandingan pembelian tiket didalam website Kidzania dan juga mana-mana travel agent seperti Klook untuk mendapatkan diskaun lebih.

4. Makanan dan minuman seperti periuk nasi bertingkat boleh dibawa masuk. Nak tapau McD, KFC, Pizza pun boleh tiada halangan pun. Nice!

5. Tak perlu bawa payung atau baju hujan pasal Kidzania ni indoor, hanya bawa wang sahaja. 

6. Boleh bawa botol air kerana anak-anak pasti haus selepas melaksanakan kerja. Tapi kalau nak beli boleh saja di Subway, Tealive, A&W atau kedai cenderahati Kidzania.

7. Kalau malas mendukung anak kecik, boleh bawak stroller masuk. Nak park stroller pun disediakan juga, percuma sahaja.

8. Ada 3 Restoran utama dalam Kidzania iaitu, A&W, Subway dan restoran di Main Square. Kalau lapar boleh makan disini atau boleh keluar dari Kidzania dan masuk balik. Tiket korang boleh multi-pass entry untuk hari yang sama.

9. Bagi mak ayah pulak, Korang boleh lepak di Parent Lounge dan lepak sambil lepaskan anak korang main sepuasnya. Dalam tu korang boleh bawa makanan masuk dan ada sebuah cafe Jamaica Coffee. Style mat!

10. Bilik air ada dua dan surau ada 1 dalam Kidzania. Kalau pack boleh keluar dah guna tandas NZ Curve lagi selesa. Surau selesa ditingkat 3.

11. Tidak dibenarkan merokok dalam Kidzania, kalau nak merokok kena keluar dari bangunan NZ Curve.

12. Boleh beli slingbag atau tag lanyard untuk anak-anak masukkan duit gaji Kidzania dalam tu. Senang untuk dorang manage duit. Pasal ada permainan kena guna Kidzania Dollar atau guna untuk beli air Tealive. Harga Kidzania lanyard wallet dalam RM20-RM40. Boleh beli di kedai cenderahati Kidzania je.

This is Awesome guys!

Comments

Unknown said…
Tq bang bg penerangan, pencerahan & kongsi pengalaman.
Nak tanya, kalau beli tiket untuk anak umur 11 tahun memang kene beli juga untuk parent sekali ke?
Nazrul Akram said…
Utk kanak-kanak 11tahun tak perlu escort dari ibubapa.. hanya kanak-kanak bawah 7tahun mandatory ibubapa kena teman.
Anonymous said…
Terima kasih atas perkongsian. Saya dah cuba beli tiket utk anak shj (online) tapi tak dibenarkan tanpa pembelian tiket dewasa sebagai penjaga. Adakah penjaga tetap kena beli tiket walaupun sekadar check in and check out anak? Kalau boleh beli tiket utk anak sahaja, blh kongsikan link. Tkasih.
Unknown said…
tumpang tanye , yg subway dan a& w tu klu anak2 nak role play kena bayar bp.ringgit ye for each activities tu. tq
Nazrul Akram said…
Subway dan A&W bukan kategori playtown. Ianya adalah restoran real untuk pengunjung lepak makan.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam