Tempat Menarik Untuk Kanak - Kanak di Tokyo

Tempat Menarik Untuk Kanak - Kanak di Tokyo

Kadangkala ramai orang bertanya, kalau bawa anak ke Tokyo, selain dari Disneyland mana lagi tempat yangboleh pergi? Ni adalah soalan yang selalu orang tanya samada dalam group facebook mahupun DM IG. 

Sebenarnya banyak tempat yang korang boleh bawa anak-anak korang, nak bayar pun ade, nak free pun ada. Kalau nak listkan semua ni memang penat ler. Jadi saya kongsikan 10 tempat berbayar yang agak menjimatkan duit kocek korang - pasal saya jenis kedekut, jadi saya akan pergi tempat yang memjimatkan kocek saya.

Tapi harus diingatkan, Disneyland dengan Harry Potter bukan attraction yang menjimatkan yer.... saya dah buat review pun pasal Tokyo Disneyland, boleh baca review kat sini.

Antara tempat yang menarik untuk korang bawa anak-anak makan angin kat Tokyo adalah seperti berikut. 

1. Disneyland / Disneysea

Taman tema Disneyland ni adalah jenis taman tema berprestij dan world class. Jadi harga dia pun akan follow harga USD dan makin lama makin mahal. Lepas convert duit Malaysia, ditambah dengan kenaikkan harga pada bulan Oktober 2023 ini maka tiket masuk Disneyland adalah RM280 weekday dan RM300+ untuk weekend. Kena tengok dalam website dia disini untuk penentuan harga tiket. 

Tiket kena beli secara online, dah tak ada tiket walk-in. Lepas beli, download Disney Apps, kat dalam apps tu korang boleh tengok Q time berapa lama, apa aktiviti harian dan waktu parade akan berlangsung.



2. Harry Potter Studio

Harry Potter Studio baru dibuka pada bulan Jun 2023 baru ni. Kat sini lebih kepada indoor themepark yang mempamerkan scenary movie Harry Potter. Ada sebijik Hogwarts Train dalam ni serta kereta Ron Weasley kena bantai dengan pokok. 

Hasil penelitian saya, tak ramai orang serbu Harry Potter Studio ni mungkin pasal Jepun ada Universal Studio, yang mana ada taman tema Harry Potter sendiri dalam USJ yang lebih realistik. 

Harga untuk dewasa JPY6300 dan kanak-kanak JPYJPY3800. Untuk ke sini perlu naik subway line dan turun di Toshimaen Station.



3. Legoland Discover Center

Legoland Discover Center ini adalah edutainments untuk kanak-kanak bawah 13tahun sebenarnya. Untuk beli tiket Legoland ni perlu ada kanak-kanak, jika dewasa single sahaja tak boleh. Mesti kena ada budak bawah 13tahun baru boleh beli.

Harga untuk masuk adalah JPY2250. Legoland Discover Center ni adalah themepark jenis indoor macam Kidzania tu. Maka tak perlu risau hujan ke salji ke apa.

Dalam ni juga ada restoran, tapi tak disahkan halal. Korang boleh baca review saya ke Legoland Discover Center kat sini.




4. Thomasland / Naruto Village , Kawaguchiko

Klaua korang nak tahum ada sebuah themepark yang berlatar belakang Gunung Fuji. Ianya terletak di sebelah dengan tasik Kawaguchiko. Memang awesome habis kalau datang theme park ni sambil layan Gunung Fuji.

Theme Park ni adalah Fuji Q Highland. Masuk themepark ni adalah percuma tapi kalau nak naik ride apa-apa baru kena bayar. Dalam ni ada 2 section yang menarik iaitu Thomasland dan Naruto Village.

Bagi peminat Naruto, korang wajib datang kesini dan menceritakan kepada anak-anak korang berapa lama masa korang habiskan untuk layan setiap episod Naruto sampai laa ke Boruto.

Manakala Thomasland adalah sebuah themepark outdoor yang ada pelbagai ride termasuk dengan station keretapi dia. Kesemua restoran dalam Fuji-Q tidak disahkan halal, tapi boleh laa kalau nak beli fries dengan air.

Untuk kesini perlu naik naik Fujikyo Line dan turun di Fujikyu-Highland Station. 




5. Omiya Railway Muzium

Ini adalah salah satu muzium yang menarik kalau nak bawa anak-anak pasal muzium ini hanya sejarah mengenai pasal keretapi di Jepun sahaja. Dalam muzium ni ada keretapi pertama Jepun bina, shinkansen pertama, sampai laa shinkansen paling latest. 

Malah, ada section untuk train simulator yang anak-anak boleh bawa sendiri dalam track dia. Simulator dia keretapi kecil yang betul yer bukan dalam screen. Ada section untuk korang tengok laluan shinkansen yang lalu sebelah muzium ni. Laju bangettt...!

Dalam ni juga ada sebuah cafe, boleh laa nak layan aiskrim dengan air. Makanan halal tidak ada dalam ni. Tiket masuk adalah JPY1330. 

Untuk kesini korangboleh naik shinkasen dari Tokyo Station dan berhenti di Omiya Station. 




6. Tokyo Skytree

Lebih kurang dengan lawatan sambil belajar di menara KL, cuma bezanya Tokyo Skytree lebih tinggi dengan ketinggia 634meter. 

Cadangan saya bila kesini elok datang pada waktu petang sehingga senja. Jadi korang boleh nampak 2 view terus. Kalau cuaca bagus, boleh nampak gunung Fuji dari SkyTree ini. 

Dalam ni ada sejarah dan teknologi pembinaan menara ini memandangkan Jepun adalah negara yang selalu kena gempa bumi, bagaimana para jurutera menghasilkan mega suspension untuk mengstabilkan bangunan ni. Respek!

Ada kids section yang mana boleh amik kertas panoramic dan anak-anak korang boleh mewarna mengikut warna bangunan yang dorang nampak dari atas menara ini. Lukisan dan warna cantik ini akan dipamerkan dalam galeri Tokyo Skytree ini. 

Tiket berharga JPY1800 hingga 2700. Naik Asakusa Line dan turun di Oshiage Skytree Station.




7. Gundam Factory, Yokohama

Ini adalah sebenarnya untuk para bapak-bapak healing bukan kepada anak-anak. Tapi saya masukkan jua dalam list ini kerana anak korang mesti teruja untuk tengok robot besar yang boleh bergerak. 

Gundam RX-78F00 scale 1:1 ini mampu membuatkan bapak dan anak kagum. Senibina iini akan bergerak pada setiap jam. ADa beberapa section untuk anak-anak korang layan dan section paling best adalah Gundam Factory Shop. Dalam ni ada kedai yang jual Gundam yang hanya ada kat situ sahaja. Kalau korang jumpa kat luar, maksudnya dorang dah resell balik dah. Limited edizion brada!

Tiket masuk adalah JPY3100. Untuk kesini perlu naik train line Minatomirai Line dan turun di Motomachi-Chūkagai Station.



8. Small World, Odaiba

Bagi peminat miniature, disinilah tempat yang patut korang datang. Anak-aak pasti layan jugak pasal ada banyak section yang mampu buat korang meleleh dengan mindblow untuk memikirkan bagaimana dorang buat bnadar kecil fully automatik.

Dalam ni ada simulate miniature bandar Tokyo dan Airport Narita juga. Ada sebuah cafe dalam Small World ni tapi tak disahkan halal. Boleh ler kalau nak beli donut dengan kopi buat rasa-rasa kalau lapar sangat.

Tiket masuk adalah JPY2700. Untuk kesini naik train line Rinkai Line dan turun di Kokusai-Tenjijo Station.




9. Karuizawa, Nagano (Snowplay)

Kalau datang pada winter time, korang wajib bawa anak untuk main salji. Jangan kedekut sangat. Kalau nak murah, boleh main di Karuizawa Ski Resort yang berharga JPY2000 per person. Kalau kat Gala Yuzawa tu mahai sikit.

Untuk main salji kat Karuizawa ni sebelah dia ada outlet macam JPO tu. Jadi, mak-mak lepas layan anak boleh shopping pulak. Me time katanya kaaannn...

Untuk kesini perlu naik shinkansen Hokuriku, bermula di Tokyo.Ueno dan turun di Karuizawa Station. 

Tapi kena ingat, salji turun pada Disember hingga Februari saja, korang datang time lain dia jadi bukit hijau saja yerr.




10. Sumida Cruise, Asakusa

Sebenarnya ada banyak cruise yang boleh layan kat Tokyo, tapi yang popular dan senang adalah Sumida Cruise. Cruise ini menyusuri sungai Sumida dari Asakusa ke Odaiba. Harga tiket JPY1720, boleh beli online atau di kaunter. Kalau kaunter cepat habis. 

Korang boleh check masa untuk naik cruise ni. Korang boleh check masa dan harga di webstie dia kat sini.

Nak kesini boleh jalan kaki saja dari Asakusa Sensoji Temple. Naik dari Asakusa dan turun di Odaiba, jadi boleh terus pergi ke Gundam Unicorn free tu atau layan Legoland Discover Center terus.


This is awesome gaiss...!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam